Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah beralih ke Fasa 4 PPN

Astro Awani
November 5, 2021 17:56 MYT
Lima negeri iaitu Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah bakal beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lima negeri iaitu Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah bakal beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini (8 November).
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan menerusi laman Twitter beliau pada Jumaat.
"Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 (JKKPP) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini setuju peralihan Fasa PPN bagi negeri-negeri berikut berkuat kuasa 8 November 2021.
"Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah ke Fasa 4," tulis beliau dalam ciapan tersebut.

Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik #COVID19 (JKKPP) yang dipengerusikan PM @IsmailSabri60 hari ini setuju peralihan Fasa #PPN bagi negeri-negeri berikut berkuatkuasa 8 November 2021: Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah ke Fasa 4#ReopeningSafely#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/kbUf64AeG6

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) November 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4, adalah sama seperti sebelum ini dan boleh diakses di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my.
#PPN #fasa 4 #pulau pinang #Perlis #Kedah #Perak #Sabah #Pelan Pemulihan Negara
;