Perlis dilanda banjir, 25 keluarga dipindahkan

Bernama
Disember 23, 2014 16:04 MYT
Banjir melanda utara Perlis susulan hujan berterusan beberapa hari dengan 93 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan lewat malam tadi. -Gambar fail
Banjir melanda bahagian utara Perlis berikutan hujan berterusan selama beberapa hari dengan 93 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan lewat malam tadi.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis, para penduduk di kawasan-kawasan terjejas dipindahkan ke tiga pusat pemindahan iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Dewan Malau dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi.
Sebanyak 53 mangsa ditempatkan di MRSM Beseri, Dewan Malau (29) dan SMK Abi (11 orang).
Antara kawasan yang dilanda banjir ialah Beseri, Padang Melangit dan Tasoh.
#banjir #Beseri #Majlis Keselamatan Negara #MKN #MRSM #Perlis #Tasoh
;