Perlis bakal jadi destinasi menarik buat pelabur, ini lima perkara penting titah Tuanku Syed Sirajuddin

Astro Awani
Ogos 24, 2021 15:42 MYT
Tuanku Syed Sirajuddin menzahirkan rasa gembira dan berbangga dengan tahap kesedaran tinggi rakyat Perlis mengenai bahaya COVID-19. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, Perlis akan menjadi destinasi menarik kepada para pelabur dan akan terus bergerak maju dengan perancangan teliti kerajaan negeri, didorong pula oleh suasana politik yang stabil.
Baginda turut menzahirkan rasa gembira dan berbangga dengan tahap kesedaran tinggi rakyat Perlis mengenai bahaya COVID-19 dan tindakan pantas kerajaan negeri yang menyantuni dan bertindak ke atas isu-isu besar yang dibangkitkan.
BACA: Letakkan kepentingan rakyat mengatasi politik peribadi - Raja Perlis
Berikut lima perkara penting titah Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dalam ucapan Perasmian Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN Perlis.
1. Titah baginda, wabak COVID-19 dan ketidaktentuan politik negara memberi kesan negatif secara langsung kepada agenda pembangunan negara.
2. Baginda menuntut semua pemimpin memainkan peranan sebagai mata dan telinga rakyat agar setiap isu diberikan penyelesaian terbaik.
3. Baginda bertitah, semua wakil rakyat perlu mendengar keluh kesah rakyat, bagi membolehkan setiap perancangan yang dibuat mengambil kira kepentingan sehingga ke peringkat akar umbi.
4. Baginda bertitah, adaptasi kepada pendekatan, mekanisme pelaksanaan, proses kerja dan idea kreatif serta inovatif perlu dibuat bagi memantapkan semula ekonomi negeri.
5. Baginda turut mendoakan agar situasi wabak COVID-19 dalam negara bertambah baik dan rakyat dapat kembali menjalani kehidupan harian yang normal.
Sidang DUN Perlis | Pemimpin perlu rasional, kepentingan rakyat lebih utama
#COVID-19 #ekonomi #Perlis #pelabur #politik #DUN
;