JERANTUT: Perlindungan pengguna dan keselamatan siber antara perkara yang ditambah baik dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Dr Fadhullah Suhaimi Abdul Malek.
Beliau berkata aspek berkenaan sedang diperkemaskan oleh MCMC dan akan dibentangkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa sebelum dibawa kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
"MCMC telah meneliti akta sedia ada dan antaranya ialah mengenai bagaimana kita boleh memastikan perkhidmatan sentiasa elok untuk pengguna, maksudnya kita kena ada perlindungan pengguna.
"Selain aspek kawal selia, kita juga melihat peraturan-peraturan yang membantu MCMC dan agensi keselamatan yang lain untuk menangani isu keselamatan siber...bagi kami sedikit masa untuk kemas kini pembaikan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di sini pada Ahad.
Media sebelum ini melaporkan Annuar berkata beberapa frasa dalam akta berkenaan perlu dikaji semula bagi memberikan aspek perundangan yang lebih berkesan dalam menangani isu keselamatan siber negara, ia berikutan akta sedia ada telah wujud lebih 20 tahun selain sudah masanya untuk suruhanjaya itu memerlukan kuat kuasa undang-undang yang berpadanan dengan keadaan semasa.
Mengulas mengenai lawatan beliau, Fadhullah Suhaimi berkata lima menara telekomunikasi di kawasan berkenaan akan dan sedang dinaik taraf selain beberapa menara baharu akan didirikan bagi memberi liputan yang lebih baik kepada pengguna.
"Berdasarkan aduan penduduk kampung dan pihak media, kami turun dan melihat tempat-tempat yang mana liputan internet kurang dan kita telah mohon pembekal perkhidmatan untuk meningkatkan perkhidmatan di kawasan terbabit," katanya.
Sementara itu, beliau turut menyarankan pengguna memberi maklum balas atau aduan menerusi portal Peta Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi menambah baik kualiti dan liputan perkhidmatan jalur lebar selain mengetahui status liputan rangkaian.
Terdahulu, Fadhullah Suhaimi meluangkan masa melawat Pusat Internet Komuniti Kampung Mat Daling selain kawasan yang mempunyai liputan internet yang kurang memuaskan di Kampung Semena dan Kuala Sat, di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021

FADHULLAH: MCMC telah meneliti akta sedia ada dan antaranya ialah mengenai bagaimana kita boleh memastikan perkhidmatan sentiasa elok untuk pengguna, maksudnya kita kena ada perlindungan pengguna. - Foto fail/BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

Muafakat antara Indonesia dan Malaysia perlu melangkaui kerjasama ekonomi
Indonesia dan Malaysia juga perlu memperkukuh keselamatan siber yang dipertingkatkan, usaha memerangi keganasan dan keselamatan maritim di rantau Indo-Pasifik.

Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.

Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik
Diplomasi keselamatan siber boleh merapatkan jurang literasi digital dari segi keselamatan siber dalam kalangan negara ASEAN.

Ketua Audit Negara gesa syarikat kerajaan guna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya
Syarikat-syarikat milik kerajaan digesa mengguna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya sebagai pembaharuan dalam kaedah pengauditan bagi memantapkan tata kelola syarikat kerajaan.

Ancaman penipuan dalam talian, keselamatan siber tumpuan hari pertama perbahasan Titah Agong
Kerajaan dicadang tubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu penipuan kewangan dalam talian termasuk pelaburan dan penawaran peluang pekerjaan.

Pentadbiran Trump minta pegawai atasan FBI letak jawatan dalam rombakan besar
Rombakan ini melibatkan pegawai tertinggi di ibu pejabat FBI di Washington, termasuk mereka yang mengawasi keselamatan negara, siasatan jenayah, dan keselamatan siber.

Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.

Malaysia catat 27.9 juta ancaman dalam talian pada 2024 - Kaspersky
Syarikat keselamatan siber global Kaspersky mengesan dan menyekat 27.9 juta ancaman web di Malaysia pada tahun lepas, menokok sebanyak empat peratus daripada 2023.