Perkhidmatan Ustaz Zamri Mantop tamat Disember 2022 - Jakim

Sinar Harian
Ogos 21, 2023 07:40 MYT
Sebelum ini tular di laman sosial itu mengenai perdebatan warganet yang mempersoalkan pelantikan Mohd Zamri yang juga Ketua Dewan Ulamak Selangor ke agensi berkenaan. - Gambar fail/FB Dr Zamri Mantop DZM
SHAH ALAM: Pemimpin Pas, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin bukan lagi Ahli Lembaga Penasihat Pembangunan al-Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana perkhidmatan beliau telah tamat sejak Disember 2022.
Sehubungan itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan, dakwaan tular di media sosial mengaitkan Mohd Zamri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong dengan jawatan tersebut adalah tidak tepat.
"Dakwaan daripada akaun Facebook Mohd Asri Bakar mengenai perkara berkenaan adalah tidak tepat.


"Dr Zamri Zainuldin telah tamat tempoh perkhidmatan sejak Disember 2022 dan pelantikannya tidak diperbaharui," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi Jakim pada Isnin.


Sebelum ini tular di laman sosial itu mengenai perdebatan warganet yang mempersoalkan pelantikan Mohd Zamri yang juga Ketua Dewan Ulamak Selangor ke agensi berkenaan.


Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor baru-baru ini, Mohd Zamri yang mewakili Perikatan Nasional (PN) menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong selepas memperoleh majoriti 6,842 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Khir Ramli.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
#Ustaz Zamri Mantop #JAKIM #ahli PAS #Penasihat Pembangunan al-Quran Jakim #tamat perkhidmatan