Perkhidmatan Pos Laju akan ditambah baik - Gobind Singh
Bernama
Jun 22, 2018 15:06 MYT
Jun 22, 2018 15:06 MYT
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kementerian sedang berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat kiriman cepat terkemuka negara, Pos Laju.
Dalam jawapannya menerusi laman Twitter kepada pengguna akaun '@Qutbudeen', beliau berkata kementerian kini dalam perbincangan untuk menambah baik perkhidmatan Pos Laju.
Dalam satu lagi jawapannya kepada soalan '@murtaza_mustafa', Gobind berkata kementerian sedang mengkaji untuk menaikkan kadar gaji posmen seperti dicadangkan oleh pengguna akaun itu.
Baru-baru ini, Pos Laju dikritik hebat netizen yang menyifatkan perkhidmatan disediakan syarikat kurier itu sangat teruk sejak kebelakangan ini.
'@Jimbotiram berkata beliau 'berang' dengan Pos Laju ekoran kegagalan mereka mengirim barang pada waktu yang dijanjikan, mendakwa berlaku kelewatan antara lima hingga 10 hari.
-- BERNAMA