Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Nuzuluddin Abdul Razak
Januari 5, 2021 15:20 MYT
Januari 5, 2021 15:20 MYT
KUCHING: Jambatan Batang Lupar bakal menggantikan perkhidmatan Feri Triso, Sebuyau.
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri komited merealisasikan impian rakyat untuk memiliki jaringan jalan raya strategik tanpa pengangkutan feri.
“Kita kini telah memulakan tender terbuka dan semua jalan pesisir akan dihubungkan tanpa feri menjelang 2025.
“Sebenarnya agenda ini telah dimulakan Allahyarham bekas Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Adenan Satem, kemudian diteruskan di bawah kepimpinan saya”, ujarnya
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Rakyat Sport Community Hall With Innovative Hub di bekas tapak kuari Ang Cheng Ho di Batu Kawa, hari ini.
Tambahnya Projek Jambatan Batang Lupar bakal dibangunkan melalui peruntukan 50-50 kerajaan negeri dan persekutuan.
Jelas Abang Johari semua jambatan yang akan dibina menghubungkan kawasan pesisir dan daerah Sarawak telah diluluskan.
Antaranya, Jambatan Batang Paloh-Muara Lassa, Batang Kerian, Batang Saribas, Batang Kemena dan Batang Rambungan.
Tambahnya kesemua jambatan ini nanti boleh dilalui tanpa dikenakan bayaran tol.
#Feri Triso
#Sarawak
#Abang Johari
#Adenan Satem
#tol
#jambatan
#Batang Lupar
#Batang Paloh-Muara Lassa
#Batang Kerian
#Batang Saribas
#Batang Kemena
#Batang Rambungan