Perkhidmatan e-Filing bagi tahun taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023

Bernama
Februari 23, 2023 18:51 MYT
Pembayar cukai disaran untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing bagi tujuan pengemukaan Borang Nyata melalui portal rasmi HASiL. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 melalui e-Filing mulai 1 Mac ini, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).
HASiL dalam kenyataan hari ini menyarankan pembayar cukai untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing bagi tujuan pengemukaan BN melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing atau secara terus ke MyTax; melalui portal https://mytax.hasil.gov.my/ atau aplikasi mudah alih.
Menurut kenyataan berkenaan, bagi ejen cukai pula digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan TAeF (https://taef.hasil.gov.my/).
Kenyataan itu menyebut, pembayar cukai berdaftar yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan No. PIN terlebih dahulu melalui MyTax > Pilih Jenis Pengenalan > No. Pengenalan > hantar dan pilih e-KYC (Mobile) atau e-CP55D (portal).
Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail BN Bagi Tahun 2023 boleh dirujuk di portal rasmi HASiL atau klik pada pautan berikut untuk capaian pantas: Versi Bahasa Malaysia:https://www.hasil.gov.my/media/mpofkuqz/programmemfailbn_2023.pdf Versi Bahasa Inggeris: https://www.hasil.gov.my/media/esmb4pd1/rffilingprogramme_2023.pdf.
-- BERNAMA
#e-filing #LHDN #cukai taksiran #borang nyata
;