Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber bolehkan kerajaan perluaskan perkhidmatan pintar

Bernama
April 12, 2021 03:12 MYT
Muhyiddin menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian dengan Panel Pengkomputeran Awam Berpusat Telekom Malaysia di Pusat Data Teras Lembah Klang (KLVDC), Kompleks TM, Cyberjaya, 12 Apr, 2021. --fotoBERNAMA
CYBERJAYA: Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber untuk Kerajaan Malaysia yang dilancarkan hari ini dijangka membolehkan sektor kerajaan memperluaskan perkhidmatan pintar baharu dengan segera di pelbagai agensi dengan kos pelaksanaan lebih rendah.
Perkhidmatan berkenaan akan menyediakan keupayaan yang lengkap merangkumi perkhidmatan awan secara menyeluruh termasuk infrastruktur-sebagai-perkhidmatan, platform-sebagai-perkhidmatan, perisian-sebagai-perkhidmatan, perkhidmatan profesional awan serta perkhidmatan awan terurus bagi kerajaan.
Majlis yang diadakan di Pusat Data Teras Lembah Klang TM ONE (KVDC) di sini, disempurnakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
-- BERNAMA
#Muhyiddin Yassin #perkhidmatan pintar #perkhidmatan awan #kos pelaksanaan #keselamatan siber #kerajaan #ekonomi #keselamatan #Mustapa Mohamed