PUTRAJAYA: Perkhidmatan awam memainkan peranan penting sebagai ejen utama kelangsungan gagasan MADANI dalam pembinaan negara bangsa, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Ketika menyampaikan ucaptama pada Program Kolokium MADANI Perkhidmatan Awam di sini pada Rabu, beliau berkata pelaksanaan MADANI yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bergantung kepada kapasiti perkhidmatan awam untuk bertindak sebagai ejen memacu hala tuju dan mengurus sumber negara.
Beliau berkata nilai MADANI itu adalah untuk memperkasa dasar dan polisi yang menyentuh perihal ekonomi dan kewangan, perundangan, institusi, pendidikan, kemasyarakatan, kebudayaan, bandar dan luar bandar.
"Maka bagi saya, MADANI sebenar-benarnya adalah apabila kita dapat melakukan sesuatu yang jelas nampak hasilnya pada mata dan pandangan rakyat," katanya.
Beliau berkata nilai MADANI seperti Ihsan dan Daya Cipta perlu diterjemahkan sepenuhnya dalam tindakan bagi memastikan ia benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Mohd Zuki turut menyeru semua ketua setiausaha, ketua jabatan di peringkat persekutuan dan negeri merentasi seluruh agensi berkaitan untuk mengambil perhatian penuh terhadap pengukuhan nilai murni dalam dua perkara iaitu dasar dan polisi; dan dalam kalangan perkhidmatan awam.
Mengenai pengukuhan nilai dalam dasar dan polisi yang dirancang dan digubal, beliau berkata ia hendaklah mengambil kira aspek nilai seperti ihsan terhadap masyarakat serta alam sekitar, hikmah dalam pembuatan keputusan dan mengangkat tinggi darjat kemuliaan insan.
"Dasar dan polisi tidak boleh kaku dan beku daripada nilai insaniah atau sekadar memfokuskan kehendak material duniawi semata-mata, kerana dasar dan polisi negara akan memberi impak besar dan lestari kepada kemaslahatan masyarakat dan kesejahteraan kehidupan hari ini serta generasi akan datang," katanya.
Berkaitan pengukuhan nilai dalam kalangan perkhidmatan awam, Mohd Zuki berkata pengukuhan nilai dalam dasar dan polisi perlu dilaksanakan bagi membentuk generasi pembuat dasar yang sarat dengan nilai manusiawi, mendasari kehidupan duniawi dan menuju matlamat ukhrawi.
Beliau berkata institusi latihan awam seperti Institut Latihan Islam (ILIM), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan lebih 200 institusi latihan milik kerajaan memainkan peranan untuk menerapkan kesedaran terhadap kepentingan mengukuhkan nilai murni, mengamalkan serta membudayakannya dalam organisasi perkhidmatan awam.
Beliau berkata program seperti Penerapan Nilai-nilai Islam ditetapkan dalam Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2022 serta program pembangunan insan yang lain hendaklah dilaksanakan sebaik mungkin oleh setiap agensi kerajaan, yang diterajui semua ketua setiausaha dan ketua jabatan.
"Semua ketua jabatan bukan sahaja bertanggungjawab kepada pengurusan, pentadbiran, kewangan dan pelbagai projek pembangunan fizikal, juga kepada kesejahteraan serta pembangunan sahsiah dan nilai warga kementerian dan jabatan masing-masing bagi mengangkat darjat dan martabat kemuliaan insan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
Mohd Zuki berkata nilai MADANI itu adalah untuk memperkasa dasar dan polisi yang menyentuh perihal ekonomi dan kewangan, perundangan, institusi, pendidikan, kemasyarakatan, kebudayaan, bandar dan luar bandar. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.
KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.
Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.
Agrobank sasar 80,000 penyertaan bagi Kempen Mega Million 2.0
Agrobank menyasarkan penyertaan 80,000 peserta bagi Kempen Mega Million 2.0 yang berlangsung dari 1 November, 2024 hingga 31 Oktober, 2025.
Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.
KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.
[TERKINI] KDN haramkan tiga buku
KDN memaklumkan perintah larangan tiga buku iaitu My Shadow Is Purple oleh Scott Stuart, Koleksi Puisi Masturbasi oleh Amir Hamzah bin Akal Ali (Benz Ali) dan All That’s Left In The World oleh Erik J. Brown.
Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan
Penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit di Kilometer 222.4 Lebuhraya Utara-Selatan.
Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Perkhidmatan awam perlu beradaptasi mengikut keperluan ekonomi, rakyat – Dr Zaliha
Perkhidmatan awam perlu sentiasa beradaptasi dengan landskap ekonomi yang berubah serta keperluan rakyat yang semakin kompleks.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.
WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Petugas kaunter perlu cerminkan sikap harmoni - Dr Zaliha
Petugas kaunter harus memiliki sikap yang mencerminkan keharmonian, mesra pelanggan dan integriti agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.
MyBorderPass catat 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari - Saifuddin Nasution
Aplikasi MyBorderPass mencatatkan lebih 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari sejak diperkenalkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Persiapkan graduan dengan format realiti dunia - Pengerusi Eksekutif QI Group
Vijay berkata, format silibus pendidikan di universiti tidak boleh bergantung kepada format dan pendekatan yang ketinggalan zaman.