KUALA LUMPUR:Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) komited dan sedia membantu kakitangan syarikat penerbangan tempatan yang diberhentikan kerja melalui faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sedia ada dan bantuan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Perkeso dalam kenyataan hari ini, memaklumkan mereka yang terlibat dalam pemberhentian kerja seperti Skim Pemisahan Sukarela VSS atau MSS boleh melayari laman web rasmi agensi itu bagi mendapatkan maklumat terperinci kedua-dua inisiatif itu dan tatacara permohonannya.
Antara faedah SIP termasuk Elaun Mencari Pekerjaan untuk tempoh satu hingga enam bulan, selain bantuan mendapatkan pekerjaan baharu menerusi Program Penempatan Pekerjaan Semula.
Program sama menerusi platform MYFutureJobs di bawah inisiatif PENJANA yang menawarkan latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran turut disalurkan Perkeso, menurut kenyataan itu.
BACA: 2,200 kakitangan Malindo akan diberhentikan kerja akibat COVID-19
BACA: AirAsia sah berhentikan 10 peratus kakitangan - Tony Fernandes
BACA: AirAsia Berhad bakal buang ratusan pekerja lagi
BACA: Ciapan "Signing Off" krew penerbangan Malindo buat netizen sebak
Untuk rekod sehingga Rabu lepas, sebanyak 90,470 kes kehilangan pekerjaan dilapor kepada Perkeso bagi permohonan faedah SIP dan seramai 33,341 Orang Berinsurans di bawah SIP kembali bekerja menerusi program penempatan pekerjaan semula dan Portal MYFutureJobs.
Perkeso turut menyediakan Latihan Vokasional dan Kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja yang kehilangan pekerjaan, dengan setiap kursus dibiayai Perkeso sehingga RM4,000 manakala peserta menerima elaun latihan RM10 hingga RM20 sehari untuk tempoh maksimum enam bulan.
Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi nombor careline Perkeso di 1300-22-8000, menurut kenyataan tersebut. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 02 2020
Malindo Air dijangka memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya. - Gambar fail
Israel nekad hapuskan pemimpin dan ahli kumpulan Houthi
Perdana Menteri Israel menegaskan pihaknya akan terus memburu semua pemimpin dan ahli kumpulan Houthi di Yaman sebagai balasan mengganggu keamanan dan ketenteraman negara haram Israel.
Pejuang Houthi didakwa lancar peluru berpandu ke arah Israel
Pejuang Houthi bertindak melancarkan peluru berpandu dari Yaman ke arah Israel. Bagaimanapun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pihaknya berjaya memintas peluru berpandu tersebut.
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik yang jejaskan orang ramai - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Serangan Israel ke atas Yaman hanya tingkatkan ketegangan
Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas Yaman.
Enam terkorban dalam serangan Israel ke atas Yaman
Enam dilaporkan maut setakat ini akibat serangan rejim Zionis ke atas beberapa fasiliti yang dikaitkan dengan pejuang Houthi di Yaman. Agensi Berita Saba yang dikawal Houthi melaporkan tiga terbunuh dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa dan tiga lagi terbunuh di Hodeidah.
Parti Demokratik akan teruskan usul pemecatan Han Duck Soo
Pemimpin Parti Pembangkang Utama Korea Selatan, Parti Demokratik (DP) menegaskan pihaknya akan meneruskan usul pemecatan terhadap Perdana Menteri dan Pemangku Presiden Han Duck Soo.
Menteri Kewangan gesa pembangkang pertimbang usul pemecatan
Menteri Kewangan Korea Selatan Choi Sang-Mok menggesa parti pembangkang, Parti Demokratik (DP) menarik balik usul pemecatan terhadap Perdana Menteri Korea Selatan dan Pemangku Presiden Han Duck-Soo.
Selangor sasar transaksi RM11.7 bilion sempena Tahun Melawat Selangor 2025
Kerajaan Selangor menyasarkan potensi nilai transaksi RM11.7 bilion melalui Tahun Melawat Selangor 2025, kata Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Datuk Ng Suee Lim.
[TERKINI] Hukuman 6 sebatan di khalayak ramai selesai dalam tempoh 2 minit
Nur Fazlizai Ali bawakan perincian proses sebatan di khalayak membabitkan pesalah khalwat berulang di Terengganu.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.