PENDANG: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membayar pampasan lebih RM11.19 juta kepada pekerja yang dijangkiti COVID-19 di tempat kerja melibatkan 15,036 kes setakat 18 Sept lepas.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata daripada jumlah itu lebih RM10 juta dibayar kepada pekerja tempatan membabitkan 13,170 kes, manakala lebih RM1 juta dibayar kepada pekerja asing membabitkan 1,866 kes.
"Selain itu, untuk faedah pengurusan jenazah yang melibatkan kes kematian disebabkan COVID-19 pula, jumlah bayarannya ialah lebih RM3.5 juta bagi 1,792 kes yang membabitkan pekerja tempatan.
Bagi kes kematian melibatkan pekerja asing pula, Perkeso telah membuat bayaran pampasan berjumlah RM3,500 untuk pengurusan jenazah yang membabitkan dua kes," katanya dalam sidang media selepas meninjau Program Khidmat Masyarakat Imunisasi COVID-19 Daerah Pendang di sini, hari ini.
Program anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Pendang itu turut dihadiri Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.
Mengulas mengenai program itu, Awang yang juga Ahli Parlimen Pendang berkata ia adalah usaha kementeriannya menerusi MNKKP untuk meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan dewasa di daerah ini yang masih merekodkan kadar vaksinasi rendah.
"Kita menyedari fakta seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) bahawa kadar vaksinasi (lengkap dua dos) dalam kalangan penduduk dewasa yang layak mendapat suntikan vaksin di daerah ini adalah masih rendah, iaitu pada kadar 51.16 peratus bersamaan 38,115 orang (setakat semalam).
Atas kesedaran itu, kita membantu mempercepatkan proses vaksinasi dalam kalangan penduduk dengan mengambil pendekatan turun ke lapangan masuk ke dalam kampung bagi membantu meningkatkan pendaftaran dan kesedaran kepentingan vaksinasi dalam membentuk imunisasi kelompok," katanya.
Awang berkata setakat ini, program khidmat masyarakat itu telah dilaksanakan di beberapa kawasan di Daerah Pendang iaitu di Kampung Bukit Tegur, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Lahar Tunjung, KEDA Asam Jawa dan KEDA Tanjung Setul.
"Turut dirancang adalah program seumpama ini yang akan dilaksanakan di beberapa daerah di negeri Kedah yang kadar vaksinasinya masih lagi rendah seperti Sik dan Baling...usaha sebegini akan diteruskan malahan akan disebar luaskan sebagai usaha untuk mempercepatkan peralihan (negeri Kedah) kepada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021
![Perkeso bayar pampasan lebih RM11.19 juta untuk pekerja positif COVID-19 Perkeso bayar pampasan lebih RM11.19 juta untuk pekerja positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632648136_MenteriSumberManus.jpg)
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan bersama timbalannya, Datuk Awang Hashim berbincang sesuatu dengan para petugas kesihatan ketika hadir pada Program Outreach Imunisasi COVID-19 Daerah Pendang. - BERNAMA
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
![Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715769258_StevenSimCheeKeon.jpg)
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
![Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715183539_TBPERKESOCEDERA.jpg)
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
![Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712140045_PERKESO.jpg)
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
![Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711814367_AdamAdli.jpg)
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
![Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703941878_NoorulAriffinAbdul.jpg)
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
![Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695021992_StevenSim.jpg)
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
![Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699953269_TBCourtHammer.jpg)
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
![Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683176589_TBMAUTTGANU.jpg)
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
![Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-04/71461947151_Nelayan.jpg)
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
![KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676906205_TBSIVAKUMAR.jpg)
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.