IPOH: Mulai tahun hadapan, golongan suri rumah akan mendapat pembelaan daripada kerajaan apabila mereka ditimpa musibah atau kejadian tidak diingini melalui skim caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Inisitiaf itu merupakan insiatif kerajaan selepas memperkenalkan i-Suri untuk carumah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi golongan itu, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
Pengenalan skim itu, kata beliau, bagi merangka peluasan konsep jaringan keselamatan sosial khusus bagi membela nasib golongan suri rumah.
Menurut Saravanan, di bawah program itu juga, kerajaan akan membayar caruman kira-kira 150,000 wanita dalam golongan B40 yang berdaftar di bawah e-Kasih.
Beliau berkata, mereka yang tidak berada di dalam kategori itu juga boleh menyertai dengan caruman
sebanyak RM120 setahun atau RM10 sebulan.
“Kita akan beri caruman jaringan keselamatan kepada golongan ibu yang di rumah sebab dalam keadaan kelembapan ekonomi, saya lihat apabila suami tak bekerja, isteri menghadapi penyakit kronik, mereka tidak mampu untuk memberi perubatan yang sewajarnya.
“Maka inilah waktu dan masa yang kita perlu betul-betul bantu bagi jaringan keselamatan kepada kaum wanita, khususnya mereka yang berada di rumah,” jelas Saravanan kepada wartawan ketika ditemui di sini, pada Jumaat.
Beliau sebelum itu menyampaikan faedah Perkeso kepada E Philomena yang juga balu pengawal keselamatan, S Thavasagayam, 64, yang meninggal dunia pada 27 Ogos lalu selepas lapan bulan dirawat akibat diserang ketika bertugas di kolam renang sebuah kondominium di sini, pada Disember 2020.
Saravanan berkata, program itu dirancang untuk dimulakan pada Januari depan.
Program itu, jelas beliau, merupakan antara 20 program berimpak tinggi yang disasarkan kementerian dalam masa 100 hari kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Sep 03 2021

M Saravanan (tengah) menyampaikan faedah Perkeso kepada E Philomena yang juga balu pengawal keselamatan, mendiang S Thavasagayam di Ipoh, Perak pada Jumaat. Gambar Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera.