Perkembangan Jerebu: Muar 'bahaya', 10 kawasan 'tidak sihat', Singapura sekitar 300 IPU
Astro Awani
Jun 22, 2013 14:10 MYT
Jun 22, 2013 14:10 MYT
Perkembangan masalah jerebu dilihat masih berterusan hari ini dengan Lembah Klang menunjukkan peningkatan pada paras Indeks Pencemaran Udara (IPU).
Setakat jam 11 pagi tadi, data Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan 11 kawasan dengan kualiti udara tidak baik.
Muar terus menjadi kawasan paling teruk menghadapi masalah itu dengan IPU mencecah 373.
Bacaan lain antara 101 hingga 200 termasuk Pasir Gudang (190), Larkin Lama (170), Kota Tinggi (187), Bandaraya Melaka (178), Bukit Rambai (182), Nilai (119) dan Port Dickson (113).
Turut membimbangkan Banting dan Pelabuhan Klang, masing-masing mencatatkan bacaan 113 dan 139 IPU.
IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).
Meskipun Peatling Jaya, Putrajaya, Shah Alam, Cheras(KL) dan Batu Muda(KL) masih mencatatkan bacaan dibawah 100, kualiti udara setakat pukul 11 pagi dilaporkan semakin buruk berbanding 7 pagi tadi.
Sementara itu kualiti udara di Singapura masih di paras bahaya dengan bacaan IPU melebihi paras 300 pada pukul 9 pagi dan 12 tengahari tadi. Manakala bacaan pada pukul 1 tengahari menurun kepada 263.