Perkelahan terakhir dua beradik, mati lemas di air terjun Sungai Sendat
Hakim Rahman
Februari 16, 2018 15:46 MYT
Februari 16, 2018 15:46 MYT
Kegembiraan dua beradik berkelah bersama rakan-rakan mereka sempena cuti Tahun Baru Cina bertukar tragedi selepas mereka lemas ketika mandi manda di Sungai Sendat, Ulu Yam Bharu, pagi tadi.
Dua beradik yang maut adalah B. Nagulan, 20, B. Peacaiswaran, 25, dan seorang lagi rakan mereka G. Ganesan, 23.
Insiden berlaku selepas mangsa Peacaiswaran tergelincir dan jatuh ke dalam sungai dan cuba diselamatkan Nagulan dan Ganesan sebelum mereka turut lemas.
Menurut jurucakap bomba, seorang mangsa diselamatkan orang awam manakala dua lagi diselamatkan pihak bomba.
Kesemua mangsa dijumpai di dasar sungai dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.