Perkasa ekonomi menerusi inovasi sains, teknologi tempatan - KJ
Hilmi Malik
Disember 8, 2020 23:53 MYT
Disember 8, 2020 23:53 MYT
KUALA LUMPUR: Usaha untuk memperkasakan ekonomi negara ketika ini perlu berlandaskan sains, teknologi dan inovasi tempatan.
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata, menerusi pelaksanaan itu, ia sekali gus mampu memacu ekonomi negara yang bernilai tinggi.
“Fasa seterusnya ekonomi kita mestilah berasaskan kepada sains teknologi dan inovasi tempatan dan ini akan memacu ekonomi yang bernilai tinggi yang akan turut menyaksikan kepada peningkatan pendapatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Innovasi dan Ekonomi (MySTIE) di Astro AWANI pada Selasa.
Dalam pada itu, Khairy turut mengulas mengenai tahap pencapaian Internet di Malaysia yang masih belum berada di tahap yang memuaskan.
Katanya, usaha memastikan tahap pencapaian Internet berada pada tahap optimum adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian bagi memastikan Dasar Sains, Teknologi & Inovasi Negara dapat dicapai.
“Pertama sekali kita perlu pastikan liputan 4G berada di tahap 98 hingga 99 peratus dan selesaikan isu ini dahulu sebelum kita beralih ke liputan 5G.
“Kita perlu lihat perbandingan dengan negara jiran agar tidak terlalu jauh (ketinggalan) dan ini merupakan asas... terutamanya kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya lagi.
#Khairy Jamaluddin
#Internet
#MOSTI
#MySTIE
#ekonomi negara
#bernilai tinggi
#Dasar Sains Teknologi & Inovasi Negara
#DSTIN