Perkampungan gajah jadi tarikan pelancongan

Astro Awani
Jun 11, 2013 17:25 MYT
Santuari Gajah Sungai Ketiar (SGSK) di Tasik Kenyir yang beroperasi sejak Januari 2009 akan dipindahkan ke lokasi lebih strategik.
Serentak itu kerajaan negeri meluluskan kawasan seluas 100 ekar di Pangkalan Gawi berhampiran pintu masuk ke Tasik Kenyir sebagai perkampungan gajah.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, lokasi baru dipilih dengan mengambilkira pandangan pelbagai pihak serta potensi menjadikannya destinasi pelancongan utama dalam tempoh beberapa tahun lagi.
Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.
#lokasi strategik #Pangkalan Gawi #pindah #Santuari Gajah Sungai Ketiar #Tasik Kenyir
;