Perjuangan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 masih belum berakhir - KP Kesihatan
Nursyazwani Saiful Sham
Januari 25, 2021 11:20 MYT
Januari 25, 2021 11:20 MYT
KUALA LUMPUR : Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan kesedihan beliau dalam menempuhi satu tahun memerangi pandemik COVID-19.
Menerusi perkongsian di akaun Twitter miliknya, beliau turut memaklumkan perjuangan ini masih belum berakhir.
"Walaupun kita berasa penat dan lesu dari segi mental dan fizikal, kita semua perlu terus berjuang.
"Semua orang, tidak kira siapa, perlu berganding bahu memikul tanggung jawab ini demi menyelamatkan negara," ujarnya.
Pada masa sama, beliau turut menegaskan agar rakyat Malaysia perlu terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk memakai pelitup muka dengan betul, cuci tangan dan jaga penjarakan fizikal.
"Duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar. Bersama-sama kita memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
"Kita perlu bersatu dan bersama menentang perjuagan ini. InshaAllah," katanya.
Pada 25 Januari 2020, negara merekodkan kes COVID-19 pertama, ketika itu masih dikenali 2019-nCoV.
Kes itu dikaitkan kehadiran warga China memasuki negara melalui Tambak Johor.
#Dr Noor Hisham Abdullah
#WHO
#SOP
#COVID-19
#pelitup muka
#rakyat
#kesihatan
#rakyat Malaysia
#China