Perjanjian gencatan senjata, Hamas puji sokongan Malaysia semasa krisis Gaza

Bernama
Januari 16, 2025 09:40 MYT
Al-Hayya melahirkan rasa terima kasih kepada Malaysia, Turkiye, Afrika Selatan, Algeria, Rusia, China dan Indonesia atas solidariti mereka terhadap rakyat Palestin. - Foto X/Ariel Oseran
KUALA LUMPUR: Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji "pendirian terhormat" Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan, bersama negara lain, lapor Agensi Anadolu (AA).
Bercakap pada sidang media, al-Hayya melahirkan rasa terima kasih kepada Malaysia, Turkiye, Afrika Selatan, Algeria, Rusia, China dan Indonesia atas solidariti mereka terhadap rakyat Palestin, sambil mengiktiraf sumbangan mereka dalam memberikan sokongan penting ketika saat-saat sukar.
Kenyataan beliau dibuat susulan pengumuman perjanjian gencatan senjata yang diketuai Qatar sebagai perantara, dijangka berkuat kuasa Ahad ini.
Al-Hayya mengalu-alukan perjanjian itu sebagai perkembangan positif tetapi mengkritik "keganasan dan pencerobohan sengit" yang dilakukan oleh pendudukan Israel, menyifatkannya sebagai antara krisis kemanusiaan terburuk dalam sejarah moden.
"Pada saat kritikal ini, kami menyampaikan kata-kata kebanggaan dan penghormatan kepada rakyat kami di Gaza," katanya, sambil menambah bahawa rakyat Palestin "tidak akan melupakan mereka yang menyumbang kepada penderitaan mereka."

Hamas leader, Khalil Al Hayya , announces the ceasefire and offers heartfelt gratitude to Hezbollah, Ansar'Allah, the Iraqi Islamic Resistance and the Islamic Republic of Iran for their Jihad in the battle! 15 January 2025 pic.twitter.com/n55Hn6yo40

— Islamic Resistance (@resistance_sa) January 15, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gencatan senjata yang diumumkan Perdana Menteri Qatar Mohammed bin Abdulrahman akan berlangsung selama 42 hari bagi fasa pertama. Di bawah perjanjian itu 33 tahanan Israel akan dibebaskan sebagai pertukaran dengan jumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan, lapor AA.
Perjanjian itu yang difasilitasi oleh Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat termasuk mekanisme untuk memastikan pematuhan dan menangani sebarang kemungkinan pelanggaran.
-- BERNAMA
#Gaza #gencatan senjata #Khalil Al-Hayya #Hamas
;