Perjalanan Tun Mahathir selepas jadi PM ke-7 dalam 5 minit 22 saat

Astro Awani
September 18, 2018 08:41 MYT
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memuat naik video terbaharu di laman Youtube yang memaparkan perjalanan beliau selepas jadi PM ke-7
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memuat naik video terbaharu di laman Youtube yang memaparkan perjalanan beliau selepas dilantik menjadi PM ke-7.
Video berdurasi 5 minit 22 saat itu menyerlahkan momen-momen signifikan seperti saat-saat penting bersama kepimpinan Pakatan Harapan serta mesyuarat kabinet pertama di era Malaysia Baharu.
Selain itu, video berkenaan juga turut memaparkan detik-detik penting lawatan Dr Mahathir ke luar negara seperti di Jepun dan Indonesia.
Apa yang paling menarik perhatian ialah tindakan spontan dan bersahaja oleh Dr Mahathir ketika berhadapan dengan media dan rakyat secara umumnya berjaya dirakam dan dimuatkan di dalam video tersebut.
#Berita Terkini #isu semasa #Malaysia Baharu #Pakatan Harapan #Perdana Menteri ke-7 #PM Malaysia #Terbaharu Tun Dr Mahathir Mohamad #Terbaru Tun Mahathir #Video Tun Dr Mahathir