Perintis 2014 medan IPTS medan pelajar teroka hasil teknologi untuk dikomersialkan

Astro Awani
September 10, 2014 18:24 MYT
Perintis 2014 medan IPTS medan pelajar teroka hasil teknologi untuk dikomersialkan - Gambar IUKL
Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Perintis 2014) menjadi medan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menunjukkan bakat dalam menghasilkan produk-produk berteknologi tinggi yang boleh diketengah untuk dikomersialkan.
Presiden dan Naib Canselor Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), Profesor Dr Roslan Zainal Abidin berkata, pertandingan ini menggalakkan peserta untuk lebih berani dalam meneroka idea-idea baru dalam penciptaan teknologi canggih.
Suasana sekitar Perintis 2014 di Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) - Gambar IUKL
"Tahun ini, 97 kumpulan pencipta mempamerkan produk mereka. Ini menunjukkan reaksi positif dan sokongan yang menggalakkan daripada komuniti akademik seperti institusi pengajian tinggi awam dan swasta, Politeknik, MRSM, Sekolah Menengah Sains dan Sekolah Menengah Kebangsaan dari seluruh Malaysia.
"Kita sangat optimis bahawa Perintis 2014 akan mewujudkan kesedaran dan memupuk budaya ciptaan dan inovasi di kalangan pendidik serta pelajar," katanya.
Perintis 2014 dianjurkan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) IUKL dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan disokong oleh Kementerian Pendidikan (MOE).
Perintis adalah pertandingan dua tahun sekali dan IUKL mendapat penghormatan untuk menjadi tuan rumah edisi sulung tahun ini.
Selain emas, gangsa dan perak pingat, produk terbaik juga diberi anugerah khas termasuk Anugerah Pencipta Muda, Anugerah Rekacipta Harapan, Anugerah Potensi Perdagangan, Anugerah Gerai Terbaik dan Penyelidikan Malaysia dan Persatuan Inovasi (MyRIS) selain anugerah khas dari Hong Kong Invention Association (HKIA) ​​dan Korea University Invention Association (KUIA).
Suasana sekitar Perintis 2014 di Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) - Gambar IUKL
Sementara itu, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), Professor Dr. Siti Maziha Mustapha berkata, hasil produk peserta dilihat aset penting yang boleh dikembangkan untuk dikomersial di peringkat lebih tinggi.
"Pertandingan ini memberi peluang peserta menampilkan idea dan melihat sendiri kekuatan ciptaan mereka untuk bersaing di peringkat lebih tinggi," ujarnya.
Perintis 2014 adalah usaha perintis IUKL dalam menganjurkan pertandingan inovasi dan reka cipta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang mensasarkan penyertaan IPTS.
IUKL sebelum ini pernah menganjurkan pertandingan seumpama itu melalui Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi KLIUC 2011, Pertandingan Reka Cipta dan Infrastruktur (IUIIC) 2012 dan Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi (IUIIC) 2013.
#cipta #inovasi #iuiic #perintis #reka #roslan #uikl
;