Perintah Kawalan Pergerakan: 'Food truck' tidak dibenar beroperasi di Kuala Lumpur

Fareez Azman
Mac 20, 2020 14:28 MYT
keputusan itu dibuat selepas mendapati operasi perkhidmatan itu boleh menyebabkan orang ramai berhimpun di sesuatu kawasan sekaligus bercanggah dengan kawalan pergerakan yang dikenakan.- Gambar hiasan/BERNAMA
Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa tiada operasi 'food truck' dibenarkan beroperasi di sekitar wilayah itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
Menurut Pengerusinya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, keputusan itu dibuat selepas mendapati operasi perkhidmatan itu boleh menyebabkan orang ramai berhimpun di sesuatu kawasan sekaligus bercanggah dengan kawalan pergerakan yang dikenakan.
"'Food truck' pada awalannya boleh, tapi pemantauan kita mendapati operasi 'food truck' diletakkan dalam jumlah banyak menyebabkan dia 'draw crowd' (menarik ramai orang) bercanggah dengan kawalan pergerakan.
"Mesyuarat hari ini memutuskan 'food truck' tidak beroperasi, penjaja yang tertentu itu tidak perlu menjalankan perniagaan dan mereka bersetuju," katanya sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan pada Jumaat.
Manakala bagi pengusaha kedai makan pula tambah Annuar, diminta agar terus mematuhi langkah pencegahan yang telah disarankan oleh kerajaan.
#Annuar Musa #COVID19 #Dihentikan #Food truck #koronavirus #Kuala Lumpur #menteri #operasi #perintah kawalan pergerakan #wilayah
;