Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan hingga 20 Feb

Bernama
Februari 4, 2020 00:21 MYT
OMAR: Perintah berkurung ini juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan mereka yang berada di darata ESSZone. - Gambar fail/BERNAMA
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok akan dilanjutkan hingga 20 Feb ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.
Omar dalam kenyataan hari ini berkata perintah berkurung dari pukul 6.00 petang sehingga pukul 6.00 pagi itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Beliau berkata dengan berkuat kuasa perintah berkurung itu, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah dan orang lain tidak dibenarkan masuk atau berada di kawasan diisytiharkan antara pukul 6.00 petang sehingga pukul 6.00 pagi pada tarikh dinyatakan.
"Perintah berkurung ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik menjalankan penyelidikan dan pelancong asing melawat pulau peranginan.
"," katanya.
Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZone bagi mengeluarkan permit kepada pemohon layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau keperlua mendesar untuk melalui kawasan perintah berkurung," tambahnya.
-- BERNAMA
#ESSZONE #Omar Mammah #perintah berkurung #Pesuruhjaya Polis Sabah #Tawau #Zon Selamat Timur Sabah
;