Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 24 Okt
Bernama
Oktober 8, 2015 09:25 MYT
Oktober 8, 2015 09:25 MYT
Fasa ke-28 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini, dilanjut mulai esok hingga 24 Okt, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Ia berkuat kuasa dari pukul 7 malam hingga 5 pagi membabitkan kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinababatangan, Sandakan dan Beluran.
Ia meliputi perairan Pulau Gulisan, Tanjung Bidadari, Pulau Tambisan, Silam, Tungku, Pulau Adal, Alice Reef, Timbun Mata, Kalumpang, Batuan Unarang, Pelabuhan (Tawau), Wallace Bay, Jambongan, Timur Jambongan, Barat Daya Pulau Lihinan, Pulau Pundaras, Torongohok, Pura-Pura dan Kuala Sugut.
Jalaluddin berkata perintah berkurung dilanjutkan berikutan masih terdapat ancaman daripada kumpulan penculikan dan pihak yang mahu menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, di samping ia bagi menjamin keselamatan penduduk di ESSZone.