Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut

Ruzaini Zulkepli
Mei 14, 2021 11:19 MYT
Sebuah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengawal di perairan Semporna. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan dilanjutkan selama 14 hari.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pelaksanaan perintah berkurung yang sepatutnya berakhir esok akan dilanjutkan sehingga 30 Mei depan.
Menurut beliau, daerah yang terlibat adalah Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
"Langkah ini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan dikawasan ESSzone.
"Selain itu kita masih menerima maklumat berhubung cubaan kegiatan menceroboh serta jenayah rentas sempadan ke kawasan ini yang disyaki didalangi kumpulan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf," katanya.
Jelas Hazani, pihaknya telah memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti-aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak.
#perintah berkurung #ESSZONE #dilanjutkan #Sabah
;