Perhimpunan solidariti untuk Zahid dibatalkan

Sinar Harian
Oktober 8, 2018 22:43 MYT
Lokman sebelum ini bercadang mengadakan perhimpunan di hadapan Ibu Pejabat SPRM jam 9.30 pagi dan 9 malam Rabu ini. - Gambar fail
Perhimpunan solidariti buat Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan Rabu ini dibatalkan.
Penganjur, Datuk Lokman Noor Adam berkata, pembatalan dibuat susulan permintaan Ahmad Zahid sendiri.
"Tiada sebarang perhimpunan berkaitan #Solidariti4ZahidHamidi sehingga saya maklum kelak. Maaf atas sebarang kesulitan," katanya.
Sebelum ini Lokman bercadang mengadakan perhimpunan di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9.30 pagi dan 9 malam Rabu ini.
BACA: Siasat tali barut bocor rahsia SPRM kepada Lokman - Khairuddin
BACA: Zahid Hamidi minta tiada perhimpunan diadakan di SPRM Rabu ini
Ahmad Zahid dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, kehadiran beliau ke SPRM hanya untuk memberi keterangan.
"Atas permintaan peribadi, saya meminta agar tiada sebarang perhimpunan diadakan pada hari Rabu pagi nanti di hadapan ibu pejabat SPRM.
"Kerjasama akan saya berikan sepenuhnya kepada pihak SPRM," katanya menerusi akaun Twitter miliknya.
#Ahmad Zahid Hamidi #batal #Lokman Noor Adam #perhimpunan #Solidariti4ZahidHamidi #SPRM #UMNO