Perhimpunan Bersih 4 tamat, peserta bersurai selepas laungan Merdeka

Astro Awani
Ogos 30, 2015 00:35 MYT
Nyanyian lagu 'Negaraku' dan laungan Merdeka mengakhiri perhimpunan yang dikategorikan haram oleh kerajaan itu. - Foto Astro AWANI/Haritz Asyraf Hasnan
Perhimpunan Bersih 4, berakhir tengah malam tadi selepas lebih 34 jam berlangsung dan kesemua peserta bersurai secara aman seperti yang dijanjikan.
Nyanyian lagu 'Negaraku' dan laungan Merdeka mengakhiri perhimpunan yang dikategorikan haram oleh kerajaan itu.
Menurut polis, sebanyak 27 laporan diterima. Bagaimanapun perhimpunan dua hari itu tidak dicemari sebarang kekecohan.
Ia juga mengakhiri pendudukan sekitar Dataran Merdeka sejak malam Sabtu oleh penyokong Bersih 4.
Pengisian acara mereka menjelang jam 12 tengah malam ambang Merdeka tadi adalah acara mendengar ucapan-ucapan pemimpin dan pengerusi perhimpunan.
Pada petang Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di hentian pertemuan peserta perhimpunan Bersih 4 di Pasar Seni sekali lagi mencuri perhatian orang ramai.
Sementara itu, sambutan ambang Merdeka yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil.
HARI KEDUA - AHAD (30 OGOS 2015)
12 malam, Dataran Merdeka:

12:12am Perhimpunan 34jam yg diharamkan kerajaan kini tamat. Peserta #bersih4 mula bersurai. @501Awani

— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

12:04am nyanyian NEGARAKU oleh peserta #bersih4 @501Awani pic.twitter.com/O4RFqDteQa

— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

12am peserta #bersih4 menjerit MERDEKA sbagai lengkap 34 jam mereka berhimpun. @501Awani pic.twitter.com/xeHHjiGfz5

— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
9.16 malam, Dataran Merdeka:
Wartawan Hilal Azmi merakamkan video pendek tentang suasana di sekitar Dataran Merdeka. Difahamkan pada malam ini antara yang menjadi pengisian acara adalah ucapan daripada pemimpin perhimpunan dan ucapan penutup oleh Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan nyanyian lagu Negaraku.

9:16pm LIVE sekitar Dataran Merdeka apabila peserta #Bersih4 bersorak meriah. @501Awani pic.twitter.com/2eXf6K2Nde

— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
9 malam, Datatan Merdeka:
Kawalan anggota keselamatan dipertingkat di zon hadangan sekitar Dataran Merdeka.

Kawalan keselamatan dipertingkat oleh @PDRMsia #Bersih4 @501Awani pic.twitter.com/2OTZT8jAvu

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
7.44 malam, Dataran Merdeka:
Bilangan anggota polis di Dataran Merdeka bertambah bagi memastikan hal ehwal keselamatan di sekitar kawasan yang bakal digunakan untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara berjalan dengan selamat dan lancar.

7:44pm : Jumlah anggota polis di sekitar Dataran Merdeka meningkat berbanding pada petang tadi. #Bersih4 @501Awani pic.twitter.com/hQkQmiMIDJ

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
7.30 malam, Klang:
Sebuah badan bukan kerajaan hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas tindakannya menghadiri perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka semalam. Laporan itu dibuat Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini. KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH
7 malam, Sepanggar:
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak di luar batasan apabila menghadirkan diri pada perhimpunan Bersih semalam, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, hari ini.
Beliau berkata, tindakan bekas perdana menteri itu tidak mencerminkan gesaannya pada 1998 untuk tidak menyokong demonstrasi jalanan. KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH
6.30 petang, Melaka:
Polis Melaka menahan seramai 12 orang di negeri ini kerana didapati memakai kemeja-T kuning bercetak perkataan 'Bersih 4' yang dilarang mengikut Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No 22) 2015.
Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata seramai sembilan orang telah ditahan ketika menyertai perhimpunan Bersih 4 yang dihadiri kira-kira 100 orang di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir di sini pada pukul 10.30 malam tadi. KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH
6 petang, Jalan Tun Perak:
Peserta Bersih 4 akur dengan nasihat supaya tidak menggunakan vuvuzela dalam perhimpunan kerana kesan bunyinya yang bising. Pada masa yang sama, peserta sentiasa diberi peringatan agar menjaga aspek kebersihan.

#Bersih4 : Selepas arahan penganjur untuk tidak menggunakan Vuvuzela : pic.twitter.com/PQdIopNqHS

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Antara usaha penganjur bagi memastikan kawasan sekitar #Bersih4 di KL bersih. pic.twitter.com/J1EVDAGm9B

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
5.30 petang, Pasar Seni:
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau hadir ke perhimpunan Bersih 4 yang diharamkan di Kuala Lumpur bukan sebagai satu manifestasi menolak Barisan Nasional.
Kata Dr Mahathir, kehadiran beliau tiada kena mengena dengan menyokong sesiapa atau menyebelahi mana-mana kaum tetapi kerana menegakkan keluhuran undang-undang. Beliau bercakap kepada wartawan bagi menjelaskan tujuannya menunjukkan diri di tengah-tengah kehangatan perhimpunan Bersih 4. KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH
[VIDEO] Tun Dr Mahathir meluangkan masa untuk 'bersiar-siar' di Pasar Seni di sini sekali gus meninjau perhimpunan Bersih 4 yang sedang berlangsung.
5.20 petang, Pasar Seni:
Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali petang tadi meluangkan masa untuk 'bersiar-siar' di Pasar Seni di sini bagi meninjau perhimpunan Bersih 4 yang sedang berlangsung.
Ini merupakan hari kedua pasangan itu 'berjalan-jalan' di sekitar ibu negara sempena perhimpunan yang dikategorikan sebagai haram itu. Bekas Perdana Menteri itu terdahulu menaiki komuter dari satu lokasi di ibu negara, sebelum turun di stesen Kuala Lumpur dan menuju ke Pasar Seni. KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH
Kehadiran Tun Dr Mahathir di Pasar Seni menjadi tumpuan orang ramai yang berasak-asak mahu mendekati beliau. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kunjungan singkat beliau di lokasi yang sedang panas dengan semangat peserta perhimpunan Bersih 4 meninggalkan pelbagai impak dalam tanggapan umum.

5:19pm "Now I want to go home. Dont worry! My spirit with u all." - Tun M #Bersih4 @501Awani pic.twitter.com/UyXFFecW2c

— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
5 petang, Pasar Seni:
Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di hadapan orang ramai. Beliau menyentuh mengenai hak rakyat untuk bersuara dan juga mengulas mengenai penglibatannya dalam perhimpunan.

5:15pm "Kalaupun Najib jatuh, BN masih majoriti" - Tun M #bersih4 @501awani

— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

5:00pm Tun M akui ini kali pertama beliau menyertai perhimpunan rakyat dalam hidupnya.. #bersih4 @501Awani

— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
4.30 petang, Pasar Seni:
Kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di hentian pertemuan peserta Bersih 4 di Pasar Seni sekali lagi mencuri perhatian.
Beliau sebelum itu dilaporkan memasuki pusat bandar raya dengan menaiki laluan komuter dengan pergerakannya menjadi viral di media sosial. Turut kelihatan bersama beliau ialah peguam yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim.

4:30pm Tun M tiba di Central Market... Orang ramai mula mengerumuni beliau. #bersih4 @501Awani

— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
4.30 petang, Ipoh:
Penganjur dan peserta perhimpunan Bersih 4 yang diharamkan akan dikenakan tindakan mengikut pelbagai peruntukan undang-undang sedia ada, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut beliau, selepas ini tiada lagi amaran dan tindakan diambil walaupun selepas perhimpunan tamat. KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH
4 petang, Dataran Merdeka:
Biarpun dalam hujan lebat, anggota keselamatan tetap bertugas bagi memastikan keadaan terkawal.

Kawalan keselamatan sentiasa dipertingkat walaupun hujan. #Bersih4 @501Awani pic.twitter.com/BHeCyMI2V5

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
3.35 petang, Kuala Lumpur:
Hujan turun dengan lebat di sekitar Kuala Lumpur dan ini membuatkan sebahagian peserta perhimpunan Bersih 4 terpaksa mencari tempat berteduh. Sementara itu, sebahagian lagi peserta tidak menghiraukan cuaca dan terus berada di tempat terbuka.

Peserta #Bersih4 terus 'berpesta' walau hujan semakin lebat di Kuala Lumpur. @501Awani pic.twitter.com/3MXIEO9kMF

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Datuk Ambiga dan Maria Chin Abdullah, tetap kekal berada di pentas perhimpunan #Bersih4 walau hujan. @501Awani pic.twitter.com/PKaBJQT6SD

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
3.15 petang, Dataran Merdeka:
Bersih 2.0 telah melabelkan insiden keracunan makanan pesertanya sebagai suatu tindakan sabotaj dan cubaan untuk meracuni pesertanya. Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah berkata gabungan itu mengutuk perbuatan yang merbahaya di mana minuman kotak yang diedarkan kepada orang ramai semasaperhimpunan itu di bawah nama "Sokongan untuk Bersih " telah tercemar. KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH
3 petang, Jalan Tun Perak:
Sekumpulan peserta Bersih 4 yang menggunakan kerusi roda menerima sorakan ramai sewaktu mereka bergerak ke pusat perhimpunan.

A group of #Bersih4 participants on wheelchairs greeted with claps, cheers as they head 2 Dataran Merdeka @501Awani pic.twitter.com/p0fr4yUqwW

— SAT@SATHESH (@satsrvp) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2.50 petang, Dataran Merdeka:
Sambutan ambang Merdeka yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil.

Maria Chin: Polis maklum sambutan ambang Merdeka dipindahkan ke Stadium Bkt Jalil #Bersih4 @501Awani

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2 petang, Dataran Merdeka:
Liputan perkembangan terkini di lokasi perhimpunan Bersih 4 disampaikan wartawan Ashraf Hasnan.
1 petang, Dataran Merdeka:
Wartawan Mariah Ahmad melaporkan situasi semasa dari lokasi perhimpunan Bersih 4 untuk Buletin AWANI.
1 petang, Kuala Nerus:
Sementara itu di Kuala Nerus, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal kemampuan penganjur dan peserta perhimpunan yang diharamkan, Bersih 4, untuk membangunkan kawasan luar bandar. Di hadapan hadirin majlis Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2015 itu, Perdana Menteri turut mengingatkan agar rakyat berterima kasih kepada kerajaan yang membangunkan negara selama ini.
12 tengah hari, Kuching:
Perhimpunan Bersih 4 yang diadakan di padang Song Kheng Hai, di sini sejak semalam terpaksa dihentikan serta merta tengah malam tadi atas alasan ketiadaan sistem bunyi, kata Pengerusi Bersih 4 Kuching, Nicholas Mujah.
Nicholas berkata perhimpunan itu terpaksa dihentikan setelah alatan sistem bunyi yang disewa pihak mereka telah diambil semula oleh pemiliknya tanpa sebarang notis selepas tamat sesi perhimpunan pada sebelah siang. KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH
11.48 pagi, Dataran Merdeka:
Pengerusi GHB Wilayah Persekutuan Dr Hatta Ramli berkata klimaks perhimpunan tersebut akan sampai ke kemuncaknya pada tengah malam Ahad. Beliau juga menyeru lebih ramai orang untuk turut serta dalam perhimpunan.

"Klimaks perhimpunan hari ini adalah pada jam 12.00 malam ini" - Dr Hatta Ramli. #Bersih4 @501Awani pic.twitter.com/uSNjfoG3rf

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Saya yakin kalau kita memahami keadaan sekarang, tak kira bangsa, semua patut berada di #Bersih4"-Hatta. @501Awani pic.twitter.com/JFlYJwFyuZ

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli hari ini mempersoal tindakan provokosi sesebuah pihak yang menyifatkan perhimpunan Bersih 4 tidak berjaya berikutan kurang sambutan dan penyertaan daripada masyarakat Melayu. KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH
11.39 pagi, Dataran Merdeka:
Bunyi bingit vuvuzela masih kedengaran pada hari kedua perhimpunan Bersih 4 namun tidak sebising hari pertama.

Bunyi vuvuzuela tidak sekuat semalam. Ianya berikutan selepas penganjur melarang peserta #Bersih4 menggunakannya pada hari ini. @501Awani

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
11.33 pagi, Dataran Merdeka:
Anggota polis masih berkawal di sekitar Dataran Merdeka untuk berdepan sebarang kemungkinan.

Polis masih lagi berada di sekitar Dataran Merdeka bagi menghadapi sebarang kemungkinan. #Bersih4 @501Awani pic.twitter.com/pJTI8ByboL

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
11.25 pagi, Kuching:
Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek Ahmad memberitahu sebanyak empat laporan polis telah dibuat berkaitan perhimpunan Bersih 4.

#bersih4 kuching.empat laporan polis diterima. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad @501Awani pic.twitter.com/Gte9XAQ2qb

— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
11 pagi, Kuala Lumpur:
Perhimpunan Bersih 4 memasuki hari kedua hari ini, dan terdapat desas-desus bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang membuat kehadiran mengejut di Dataran Merdeka malam semalam, akan sekali lagi hadir petang ini.
Sumber yang rapat dengan beliau berkata sekiranya Dr Mahathir beliau berbuat demikian, ia adalah sesuatu yang tidak dirancang seperti kejutan yang dilakukannya malam tadi. KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH
10.47 pagi, Dataran Merdeka:
Peserta Bersih 4 dilihat bergembira sesama sendiri diiringi persembahan muzik.

Peserta #Bersih4 sedang berhibur dengan persembahan muzik di hadapan Panggung Bandaraya DBKL.@501Awani pic.twitter.com/dkSuPC0Irh

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
10.37 pagi, Dataran Merdeka:
Situasi di hadapan Panggung Bandaraya dilaporkan tenang.

10.37am:Keadaan tenang di hadapan Panggung Bandaraya. Seolah-olah konsert sdg berlangsung.@501Awani #Bersih4 pic.twitter.com/BucTSKBYqa

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
10.21 pagi, Dataran Merdeka:
Ramai peserta yang sudah pulang ke rumah, kembali semula untuk menyertai perhimpunan itu pada hari ini.

Yang pulang kini kembali. @5@501Awani01Awani #Bersih4 pic.twitter.com/fw1NYJtzZH

— israrkhalid (@ciakhalid) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perjalanan perhimpunan Bersih 4 yang bermula pada Sabtu (29 Ogos) mendapat liputan muka depan pelbagai akhbar di negara ini dan berikut adalah antara yang sempat dirakamkan:

Tajuk tajuk utama akhbar hari ini mengenai perhimpunan Bersih 4.0 #Bersih4 @501Awani pic.twitter.com/oAYTGCRZZU

— Jordan (@geegeeahmd) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
9.28 pagi, Dataran Merdeka
Penganjur memaklum peserta di sini perhimpunan akan diteruskan lagi dalam masa 13 jam sehingga ia tamat pada tengah malam Ahad.

Jurukendali acara maklum ada 13 jam lagi untuk Bersih 4 tamat. @501Awani #Bersih4

— israrkhalid (@ciakhalid) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
8.51 pagi, Kuching
Koresponden Astro AWANI di Kuching, Noraida Abdul Kassim melaporkan keadaan di tapak perhimpunan di Padang Song Kheng Hai masih lengang ketika ini. Peserta masih lagi dalam perjalanan untuk menyertai demonstrasi tersebut.

#bersih4 hari kedua. Jam 8.45 pagi keadaan di Padang song Kheng Hai padungan masih belum dipenuhi peserta. @501Awani pic.twitter.com/BhcA88bZTp

— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
8.25 pagi, Dataran Merdeka
Walaupun tiada raptai Hari Kebangsaan ke-58 dijadualkan pada hari ini, pihak polis masih mengawal ketat sekitar kawasan ini untuk mengelakkan dari berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.

Tiada raptai hari ini. Kawalan tetap diteruskan. @501Awani #Bersih4 pic.twitter.com/kaWKxFxgST

— israrkhalid (@ciakhalid) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
8.22 pagi, Dataran Merdeka
Bilangan peserta semakin bertambah dan penganjur Bersih 4 memberi pengesahan aktiviti-aktiviti bakal berlangsung seawal 11 pagi ini.

Difahamkan aktiviti bermula jam 11 pagi. Rela menanti. @501Awani #Bersih4 pic.twitter.com/5xOP0pCqZZ

— israrkhalid (@ciakhalid) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
8.08 pagi, Dataran Merdeka
Pagi yang bersemangat buat sebahagian peserta-peserta perhimpunan yang rata-rata memakai T-shirt berwarna kuning sebagai tanda solidariti.

Tetap bersemangat. @501Awani #Bersih4 pic.twitter.com/d3WYB7sJXn

— israrkhalid (@ciakhalid) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
7.53 pagi, Dataran Merdeka
Peserta sudah mula membanjiri kawasan Dataran Merdeka untuk aktiviti perhimpunan yang seterusnya. Wartawan Astro AWANI, Israr Khalid berada di lokasi.

Hari 2. Menanti aktiviti seterusnya. @501Awani #Bersih4 pic.twitter.com/1O8hNFXV8B

— israrkhalid (@ciakhalid) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
HARI PERTAMA - SABTU (29 OGOS 2015)
11:47 malam, Dataran Merdeka:
Kehadiran Penasihat DAP Lim Kit Siang disambut peserta perhimpunan.

11:47pm kelihatan pemimpin DAP @limkitsiang tiba utk ke Dataran Merdeka #Bersih4 @501Awani pic.twitter.com/CIjab61IXN

— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
10.00 malam, Kuching:
Perhimpunan bersih 4.0 yang berlangsung di bandaraya Kuching diteruskan dengan aktiviti pada sebelah malamnya bermula jam 8 malam Sabtu.
Berkumpul di padang Song Kheng Hai, Padungan, antara aktiviti yang disediakan oleh penganjur pada sebelah malamnya adalah ceramah oleh wakil-wakil rakyat dari parti DAP dan PKR, disamping aktiviti membakar lilin yang antaranya memaparkan ayat #BERSIH4KCH dan lain lain lagi.
Dengan keadaaan cuaca yang agak baik pada sebelah malam, perhimpunan berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Pasukan anggota polis juga dilihat berterusan menjalankan tugas masing-masing bagi mengawal keadaan dari berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Selain itu, jalan-jalan raya yang ditutup pada sebelah siangnya juga telah dibuka untuk laluan orang awam dan aliran trafik juga berjalan lancar, namun tetap dibawah pengawasan pihak polis.
Dalam pada itu, ada juga ibu bapa yang hadir enggan mematuhi syarat supaya tidak membawa kanak-kanak semasa perhimpunan berlangsung, meskipun telah diberi arahan.
Berdasarkan tinjauan Astro AWANI, ibu bapa tersebut tetap membawa anak-anak mereka hadir ke tapak perhimpunan berkenaan.
9.45 malam, Dataran Merdeka:
Aktivis pelajar, Adam Adli Abd Halim adakan sesi nyanyian bersama peserta Bersih 4.

9:45pm sesi nyanyi bersama Adam Adli #bersih4 @501Awani pic.twitter.com/2rW4gDCnLw

— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
9:21 malam, Jalan Tun Perak:
Peserta perhimpunan dilihat sudah mula bermalam. Tinjauan wartawan Astro AWANI di persekitaran LRT Masjid Jamek

9:21pm ada peserta #bersih4 dah mula tido... @501Awani pic.twitter.com/XfkBTmrATr

— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
8 malam, Dataran Merdeka:
Wartawan Astro AWANI Hilal Azmi melaporkan dari pekarangan Dataran Merdeka mengenai gambaran umum serta rumusan tentang perhimpunan yang berlangsung di ibu negara hari ini.
8 malam, Jalan Raja:
Keadaan kembali reda selepas kepulangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah. Wartawan Astro AWANI difahamkan terdapat tiga buah lori akan dibawa ke pusat perhimpunan Bersih 4 yang akan digunakan sebagai pentas bagi kegunaan pemimpin tertinggi Bersih 2.0. Dipercayai terdapat beberapa acara bakal diadakan untuk pengisian sebelah malam.

Dilaporkan 3 buah lori akan masuk ke perkarangan Dataran Merdeka utk dijadikan sebagai pentas. @501Awani #Bersih4 pic.twitter.com/EzDMLfpvj1

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
7.15 malam, Jalan Raja:
Peserta Bersih 4 teruja apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri hadir ke lokasi perhimpunan. Orang ramai mula bersorak dan cuba mendekati untuk menyapa, bersalam dan mengambil gambar beliau.
Beliau bagaimanapun memakai pakaian biasa dan tidak tertera sebarang kempen Bersih 4. Apabila ditanya para wartawan di lokasi, tentang tujuan beliau berada di situ, Mahathir hanya menjawab beliau hanya datang untuk melihat keadaan.
Beliau kemudiannya dilihat bergerak menuju kawasan berdekatan Bank Negara untuk berundur dari khalayak berikutan berlaku asakan dan rempuhan.
Sekitar jam 7.45 malam, Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah meninggalkan lokasi perhimpunan.

Kelihatan Tun M dan isteri tiba di perkarangan Dataran Merdeka. #Bersih4 @501Awani pic.twitter.com/FyTxbSvqLs

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
6 petang, Kuala Lumpur:
Beberapa kumpulan kecil peserta Bersih 4 sudah mula bersurai dari lokasi perhimpunan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa memberitahu Astro AWANI bahawa tiada sebarang tangkapan dibuat dan keadaan secara keseluruhannya terkawal.
6 petang, Menara DBKL:
Terdapat beberapa kumpulan kecil peserta Bersih 4 meninggalkan tempat perhimpunan. Gambar-gambar ini dirakam dari tingkat 29 Menara DBKL.

Kelihatan beberapa peserta #Bersih4 mula beredar dr berhimpun di sekitar Dataran Merdeka sejak 5.30pm tadi.@501Awani pic.twitter.com/VWPqqXpRZd

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
5.57 petang, Menara DBKL:
Wartawan Astro AWANI Mariah Ahmad merakamkan gambar lokasi perhimpunan Bersih dari tingkat 29 Menara DBKL.

(GAMBAR) Pandangan dari atas perhimpunan #Bersih4 di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Tun Perak. @501Awani pic.twitter.com/MHnA0ToyDM

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
5.30 petang, Jalan Tun Perak:
Wartawan Astro AWANI di lokasi Sathesh Raj merakamkan video menunjukkan kesesakan di sepanjang Jalan Tun Perak dan sekitar Pudu Sentral sudah berkurangan dan kenderaan kini boleh menggunakan laluan itu dengan lebih lancar.

5 -5.30 pm, road along Jln Tun Perak has better traffic flow. No heavy congestion as seen earlier #Bersih4 @501Awani pic.twitter.com/AllJvjcYC3

— SAT@SATHESH (@satsrvp) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
5 petang, Jalan Raja:
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan di hadapan kumpulan peserta perhimpunan Bersih 4.

"Mari kita bersihkan Malaysia!!" @drwanazizah #bersih4 @501Awani pic.twitter.com/7PP7D2NDNP

— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
4.50 petang, Jalan Raja:
Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan perhimpunan Bersih 4 di ibu negara sebagai perhimpunan untuk "selamatkan Malaysia". Menurutnya, Malaysia sedang tenat dan perhimpunan hari ini (adalah) untuk menyelamatkan negara.
4.40 petang, Persimpangan Jalan Raja:
Peserta perhimpunan diminta duduk bagi memberi laluan kepada pasukan perubatan memberi bantuan kecemasan kepada individu yang mengalami komplikasi jantung.

4;40pm team medic tiba utk membantu krn difahamkan ada peserta #Bersih4 kena serangan jantung @501Awani pic.twitter.com/Hgex2daYmQ

— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
4.25 petang, Persimpangan Jalan Raja:
Peserta perhimpunan Bersih 4 duduk beramai-ramai di Jalan Raja antara Dataran Merdeka dan Menara DBKL. Di lokasi tersebut beberapa pemimpin daripada jawatankuasa Bersih 2.0 dan pemimpin pembangkang memberi ucapan.

4:25pm panoramic view dari simpang ke Dataran Merdeka depan DBKL #bersih4 @501Awani pic.twitter.com/jPTiaW2b17

— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
4.15 petang, Pasir Puteh:
Perhimpunan haram Bersih 4 hanya akan menyebabkan semua rakyat menanggung akibat. Ujar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, impak utamanya adalah kepada ekonomi terutama ketika pasaran dunia dalam persekitaran yang sensitif. Menurutnya, ketidakstabilan domestik bakal memberi imej negatif kepada negara dalam pasaran global.
4.10 petang, Kuala Nerang:
Warga pendidik yang dikesan terbabit dalam aktiviti menyalahi undang-undang termasuk perhimpunan haram, perlu menanggung sendiri akibat perbuatan itu. Ketegasan itu disuarakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menarik perhatian bahawa perbuatan itu jelas terbukti menyalahi etika penjawat awam. Mengulas pembabitan golongan pendidik khususnya guru dalam perhimpunan Bersih 4, beliau berkata, mereka kemungkinan besar dikenakan tindakan.
4 petang, Jalan Raja:
Ahli Parlimen Batu Tian Chua meminta peserta perhimpunan Bersih 4 bertahan sehingga 34 jam.

YB Tian Chua memberi ucapan semangat kepada peserta #Bersih4 untuk terus kekal selama 34 jam @501Awani pic.twitter.com/khEos8zygf

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
3.50 petang, Kuala Lumpur:
Kementerian Luar akan mengumpul maklumat rakyat Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan haram Bersih 4 di luar negara untuk tindakan undang-undang ke atas mereka selepas itu, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
3.30 petang, Jalan Tun Perak:
Suasana hingar-bingar di sekitar Jalan Tun Perak berikutan peserta perhimpunan yang teruja meniup vuvuzela dan bersorak.

Vuvuzela horns continue buzzing the streets of Jalan Tun Perak @501Awani #Bersih4 pic.twitter.com/nGvNlymNUO

— SAT@SATHESH (@satsrvp) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
3.15 petang, Pudu Sentral:
Peserta Bersih 4 dari Pudu Sentral berduyun-duyun bergerak ke Jalan Tun Perak.

The crowd swarming from Pudu Sentral heading towards Dataran Merdeka along Jalan Tun Perak. @501Awani pic.twitter.com/6M0OmKtpa2

— SAT@SATHESH (@satsrvp) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
3 petang, Jalan Tun Perak:
Peserta Bersih 4 berhimpun di Jalan Tun Perak sambil mendengar ucapan daripada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Maria Chin Abdullah.

3pm Maria Chin Abdullah berucap menyatakan apa yg dimahukan #Bersih4 @501Awani di Jln Tun Perak pic.twitter.com/1ADtYdYTSi

— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
3 petang, Padang Song Kheng Hai:
Peserta Bersih 4 di Kuching berkumpul di lokasi pertemuan dalam bilangan yang bertambah namun masih dalam keadaan tenang dan terkawal.

#bersih4 setakat jam 255 petang, bilangan peserta perhimpunan terus bertambah. @501Awani pic.twitter.com/uO3wEqzhyt

— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2.45 petang, Pasir Mas:
Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengutuk perhimpunan haram Bersih 4 di ibu negara hari ini dan esok kerana ia boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan keamanan negara, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.
2.44 petang, Kota Kinabalu:
Para penyokong Bersih 4 di Kota Kinabalu bergerak dari Likas Square ke lokasi perhimpunan di Tanjung Lipat.
2.35 petang, Kuala Lumpur:
Keadaan semasa perhimpunan Bersih 4 dari sudut pandangan tinggi di Menara DBKL. Wartawan Astro AWANI Mariah Ahmad melaporkan situasi lalu lintas.

Peserta #Bersih4 yg brkumpul di Dataran Maybank sdg menuju ke arah Dataran Merdeka.Laporan dr Menara DBKL. @501Awani pic.twitter.com/cAp2X0DUG4

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
GALERI FOTO: Suasana sekitar perhimpunan Bersih 4
2.25 petang, Pudu Sentral:
Lokasi sekitar Pudu Sentral merupakan antara hentian pertemuan yang popular bagi kelompok peserta Bersih 4. Cuaca sekarang ini di Kuala Lumpur agak mendung dan hujan gerimis mula turun.

People have started converging at Pudu Central for the #bersih4 rally @501Awani pic.twitter.com/tTsrlwcRaP

— SAT@SATHESH (@satsrvp) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2 petang, Kompleks Sogo:
Peserta Perhimpunan Bersih 4.0 memenuhi perkarangan kompleks beli belah Sogo di ibu negara. Ikuti laporan langsung bersama wartawan Astro AWANI Ashraf Hasnan di lokasi.
2 petang, Pasar Seni:
Perkembangan Himpunan Bersih di Pasar Seni terkawal dengan kehadiran pihak berkuasa yang sudah berada di lokasi tersebut sejak awal pagi. Ikuti laporan daripada wartawan Astro AWANI di lokasi, Hafiz Marzukhi.
1.58 petang, Kota Kinabalu:
Kira-kira 200 penyokong perhimpunan Bersih 4 kini bergabung di Pusat Perdagangan Sabah (STC).
1.10 petang, Stesen LRT Plaza Rakyat:
Penyokong Bersih 4 yang memakai baju-T kuning dari aliran Ampang dan Sri Petaling dilihat memenuhi koc-koc LRT dalam laluan menuju ke pusat bandar raya. Keadaan kesesakan masih terkawal.

Kesesakan terkawal di stesen LRT Plaza Rakyat berikutan kehadiran peserta Bersih 4. @501Awani pic.twitter.com/xqK2EOtc3k

— A.H. Hamzah (@hamzahhamid) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
1.18 petang, Pekarangan Sogo:
Kumpulan peserta perhimpunan Bersih 4 akan bergerak ke Dataran Merdeka pada jam 3.30pm.

Kumpulan peserta #Bersih4 di Sogo akan berarak ke Dataran Merdeka pukul 3.30ptg. @501Awani pic.twitter.com/9pky7e35kr

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
1.12 petang, Masjid Jamek:
Peserta perhimpunan mula berarak dari Masjid Jamek ke Jalan Raja berdekatan Dataran Merdeka.

Peserta mula berarak perlahan-lahan di Masjid Jamek, menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka. @501Awani pic.twitter.com/fqs1yuMNCj

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
1.06 petang, Dataran Merdeka:
Pasukan keselamatan bersedia di jalan berhadapan Dataran Merdeka.

Kelihatan anggota-anggota penguatkuasa telah bersedia di jalan berhadapan Dataran Merdeka. @501Awani pic.twitter.com/tnWmBSr3kT

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
1 petang, Pekarangan Sogo:
Polis meningkatkan kawalan keselamatan di hadapan pusat beli-belah Sogo.

Pihak polis meningkatkan kawalan keselamatan - #Bersih4 Sogo @501Awani pic.twitter.com/W8AErOUFHf

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
12.55 tengah hari, Dataran Merdeka:
Beberapa peserta perhimpunan dilihat mendekati pagar penghadang yang dipasang pihak berkuasa.

Kelihatan beberapa peserta demonstrasi mendekati penghalang pagar di Dataran Merdeka pada jam 12.55pm. @501Awani pic.twitter.com/FgMGx7yqN7

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
12.50 tengah hari, Dataran Merdeka:
Pemandangan dari atas sekitar kawasan Dataran Merdeka.

Aerial View kawasan sekitar Dataran Merdeka setakat jam 12.50pm. @501Awani pic.twitter.com/ec74V33CaT

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
12.46 tengah hari, Jalan Raja Laut:
Rakaman keadaan trafik yang kelihatan masih lancar di sini serta di Jalan Kuching Selatan.

Trafik di Jalan Raja Laut dan Jalan Kuching Selatan juga berjalan lancar setakat 12.46pm. @501Awani pic.twitter.com/dMv5wsWKR8

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
12.44 tengah hari, Dataran Merdeka:
Video keadaan trafik di sekitar lokasi yang dilapor masih lancar.

Trafik di sekitar Dataran Merdeka masih lancar setakat jam 12.44pm.#Bersih4 @501Awani pic.twitter.com/a3omK333xo

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
12.34 tengah hari, Dataran Merdeka:
Penghadang jalan turut dipasang di sini dari arah Masjid Negara.

Dari arah Masjid Negara. @501Awani #Bersih4 pic.twitter.com/fakzmi6q7Z

— israrkhalid (@ciakhalid) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
12.31 tengah hari, Lebuh Pasar Besar:
Pihak berkuasa telah memasang penghadang besi di lokasi sekitar Lebuh Pasar Besar.

Di Lebuh Pasar Besar. @501Awani #Bersih4 pic.twitter.com/i555edAqEh

— israrkhalid (@ciakhalid) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
12.30 tengah hari, Jerantut:
Penganjur dan peserta perhimpunan haram Bersih 4 "cetek dan miskin" semangat patriotik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata walaupun berbeza fahaman politik, mereka sepatutnya menghayati Hari Kebangsaan yang akan disambut Isnin ini dengan mengibar Jalur Gemilang sebagai menghargai jasa pejuang negara yang membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.
12.20 tengah hari, Dataran Merdeka:
Barisan anggota pasukan keselamatan bergerak ke lokasi bagi mempertingkatkan tahap keselamatan di sekitar kawasan ini.

More squad. @501Awani #Bersih4 pic.twitter.com/JjdLVr0YwG

— israrkhalid (@ciakhalid) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
12.13 tengah hari, Masjid Jamek:
Suasana di sekitar Jalan Tun Perak yang berjaya dirakam wartawan Astro AWANI Mariah Ahmad.

Keadaan setakat 12.13pm di Jalan Tun Perak dan Masjid Jamek. @501Awani pic.twitter.com/z1BKCGH9cW

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
12.02 tengah hari, Pekarangan Sogo:
Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli tiba dan menyertai peserta perhimpunan Bersih di hadapan pusat beli-belah Sogo.

#Bersih4 YB Rafizi Ramli tiba di Sogo. pic.twitter.com/4XZyvzOgR8

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
11.58 pagi, Kuching:
Anggota polis trafik sedang mengawal lalu lintas di Jalan Main Bazaar.

#Bersih4 anggota polis trafik mengawal lalulintas di Jalan Main Bazaar kuching. pic.twitter.com/5GgmHMz1kK

— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
11.53 pagi, Kuching:
Persiapan sebelum perhimpunan bermula petang ini.

#Bersih4 di kuching.persiapan sebelum perhimpunan bermula pada jam 3petang ini. @501Awani pic.twitter.com/RpOU2myg1p

— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
11.51 pagi, Pekarangan Sogo:
Suasana kelihatan masih terkawal di hadapan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

#Bersih4 Keadaan di perkarangan Sogo terkawal. @501Awani pic.twitter.com/35Yua52L8q

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) August 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
10.52 pagi, Jalan Tuanku Abdul Rahman:
Restoran Insaf di Jalan Tuanku Abdul Rahman menafikan khabar an
#bersih 4 #Dataran Merdeka #Hari Kebangsaan #Merdeka #perhimpunan #raptai
;