Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menghantar bil tuntutan kos kerosakan landskap dan kerja pembersihan berjumlah RM27,373.66 kepada penganjur perhimpunan Bersih 5.0 dan Baju Merah sebelum hujung minggu ini.
Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Saufi Muhammad berkata daripada jumlah itu, nilai kerosakan landskap adalah sebanyak RM26,500 manakala bagi bil pembersihan hanya RM873.66 yang melibatkan kos pembersihan di Padang Merbok.
Kataya DBKL tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua penganjur jika mereka gagal membayar bil yang akan dikeluarkan.
LAPOR LANGSUNG Bersih 5 di Kuala Lumpur
"Kita tahu kumpulan-kumpulan ini berada di mana, sebab kita rakam semua pergerakan mereka. Jadi berdasarkan kepada bukti yang kami ada, di mana mereka (penganjur) ada, mereka kena tanggung kos yang kami akan hantar nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Penguat kuasa Siri 1/2016, di sini hari ini.
Majlis itu menyaksikan seramai 88 orang pelatih dan dua orang pegawai menamatkan latihan yang berlangsung selama tiga bulan sejak Ogos 2016.
Dalam pada itu, Saufi berkata DBKL tidak bertanggungjawab ke atas kerugian mana-mana peniaga di sekitar pusat bandar raya yang didakwa terjejas ekoran perhimpunan Sabtu lepas.
Beliau mengulas dakwaan Bendahari Bersih 2.0, Thomas Fann yang menyatakan peniaga boleh menuntut kerugian mereka kepada DBKL kerana telah mengarahkan mereka menutup kedai semasa perhimpunan itu.
"Kami tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian kepada pemilik-pemilik premis, cuma kami ada keluarkan notis kepada peniaga-peniaga pasar malam sahaja dinasihatkan agar untuk tutup kedai demi keselamatan mereka, itu sahaja," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 23 2016

DBKL juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur jika mereka gagal membayar bil yang akan dikeluarkan. - Astro AWANI

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Polis panggil ahli keluarga 'baju merah' hubungi Caprice
Tindakan memanggil seorang ahli keluarga berkenaan adalah bagi merekodkan percakapannya dengan influencer itu.

Bom dilempar depan kediaman PM Thailand
Jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan susulan kejadian yang berlaku sekitar 8 malam Ahad.

'Agi Idup Agi Ngelaban' jadi pegangan ketika bertugas - Fenny Anak Nuli
Kata motivasi dan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' menjadi pegangan Fenny Anak Nuli sepanjang bertugas.

Jamal Yunos sengaja buat provokasi untuk gagalkan perhimpunan Bersih 5.0
Jamal berkata provokasi itu dilakukan selepas beliau memperoleh maklumat daripada media sosial, pihak Bersih mungkin akan mengepung KLIA dan beberapa tempat strategik semasa perhimpunan 19 Nov 2016.

'Saya dulu selamba je keluar masuk lokap' - Rafizi nasihat Jamal serah diri
Rafizi menersi laman Twitternya meminta supaya Jamall berani berdepan dengan cabaran politik semasa dan memberi kerjasama kepada polis

Polis Thai rampas senjata, peluru dirancang diguna jika kuil Dhammakaya diserbu
Polis Thailand menahan sembilan orang dalam beberepa serbuan di seluruh negara susulan rampasan sejumlah besar senjata api dan peluru.

'Bersih 7' dilancar, gariskan 7 tuntutan terhadap kerajaan negeri Selangor
Program berkenaan akan diadakan selama empat bulan dengan acara kemuncaknya pada 1 April tahun depan.

'Bersih 7': Jamal, tolong jangan keruhkan lagi suasana - Nur Jazlan
Jamal turut dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan provokasi.

Hadir Bersih 5: Mahfuz sedia berdepan Jawatankuasa Disiplin PAS
Datuk Mahfuz Omar bersedia untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana menyertai Perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.

Jamal Yunos dibebaskan, akan lancar 'Bersih 7' untuk selamatkan Selangor
Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, ia akan dilancarkan pada petang esok di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.