Perhilitan siasat dakwaan harimau muncul di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Abd Razak Mohd Ali
Februari 5, 2022 16:40 MYT
Berdasarkan video berdurasi 17 saat itu lokasi kawasan dikatakan berhampiran sebuah restoran di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. - Gambar/ Media sosial
IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang menyiasat dakwaan kehadiran seekor harimau belang di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Ia berikutan tular satu video yang menunjukkan seekor harimau sedang berkeliaran di kawasan semak dan berbukit.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya telah menghantar kakitangan dari Unit Harimau ke lokasi berkenaan untuk siasatan lanjut.
"Kita telah menerima video mengenai kehadiran harimau itu, kira-kira jam 10 malam Jumaat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Berdasarkan video berdurasi 17 saat itu lokasi kawasan dikatakan berhampiran sebuah restoran di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Video tersebut juga meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila berada di kawasan tersebut.
#Harimau belang #Cameron Highlands #Jalan Simpang Pulai #Tular
;