Perhilitan Johor rampas tiga burung terancam

Sinar Harian
Jun 14, 2021 22:15 MYT
Perhilitan Johor menahan seorang lelaki dan merampas tiga ekor burung daripada spesies yang terancam di rumahnya. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menahan seorang lelaki dan merampas tiga ekor burung daripada spesies yang terancam di rumahnya di Johor Bahru, pada Isnin lalu.
Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, anggota penguat kuasa Perhilitan merampas dua ekor burung helang dan seekor burung kakak tua yang merupakan haiwan terancam dalam serbuan pada jam 7.30 malam.
"Operasi tersebut yang dijalankan ke atas sebuah premis itu berjaya merampas seekor burung Lang Kepala Kelabu, seekor burung Lang Siput dan seeker Grey Parrot.
"Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki terbabit menyimpan haiwan terancam itu tanpa sebarang dokumen yang sah daripada Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, suspek yang berusia 35 tahun itu dibawa ke balai polis dan kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Tambahnya, semua barang kes dibawa ke Jabatan Perhilitan Mersing untuk tindakan lanjut.
Artikel asal di Sinar Harian: Perhilitan Johor rampas tiga ekor burung terancam
#Perhilitan #spesies terancam #Salman Saaban #anggota penguat kuasa #burung kakak tua #Lang Siput #Grey Parrot #Lang Kepala Kelabu #Akta Pemuliharaan Hidupan Liar