Pergerakan tanah Jalan Kelab Ukay 2: Keputusan status banglo diputuskan 8 Januari - Azmin

Isabelle Leong
Disember 28, 2019 16:59 MYT
Banglo tersebut mengalami keretakan serius dan pemiliknya sudah diarahkan untuk mengosongkan kediaman itu susulan insiden pergerakan tanah. - Foto Astro AWANI/ISABELLE LEONG
Keputusan melibatkan kejadian pergerakan tanah di rumah banglo di Jalan Kelab Ukay 2, Taman Kelab Ukay, Ampang akan diputuskan selepas laporan penuh siasatan oleh beberapa agensi yang akan dikeluarkan pada 8 Januari depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan Selangor akan membuat keputusan selepas agensi terbabit, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) menjalankan kajian teknikal yang teliti di kawasan yang terjejas.
“Pemilik rumah ini telah mengosongkan unitnya manakala jiran berdekatan di dua rumah lain juga telah mengosongkan kediaman masing-masing.
“Jiran bersebelahan dengan banglo ini megambil keputusan untuk mengosongkan kolam renang di rumahnya supaya tekanan di kawasan itu dapat dikawal.

Kata @AzminAli lagi, perbincangan juga akan diadakan bersama-sama MB Selangor @AmirudinShari , MPAJ dan JMG. Berhubung punca kejadian pula, azmin berkata ia belum dimuktamadkan lagi keranamasih menunggu laporan daripada jabatan dan agensi yang terlibat. @501Awani pic.twitter.com/0lT4s7GGZN

— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) December 28, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya percaya pada 8 Januari ini, hasil laporan daripada jabatan dan agensi teknikal yang terlibat, kerajaan akan ambil keputusan segera untuk laksanakan tindakan mitigasi,” kata Mohamed Azmin kepada wartawan selepas membuat tinjauan di kawasan banglo tersebut pada Sabtu.
Mohamed Azmin berkata, arahan untuk merobohkan rumah berkenaan atau sebaliknya hanya akan dimuktamadkan sebaik laporan siasatan lengkap dikeluarkan.
Khamis lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengarahkan banglo tersebut untuk dirobohkan secepat mungkin, manakala dua lagi yang lain dikosongkan serta-merta.
Mohamed Azmin juga mengakui bahawa kawasan yang terjejas merupakan kawasan yang sensitif sejak beberapa tahun yang lalu.
Katanya lagi, perbincangan akan diadakan bersama-sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk mengambil tindakan untuk memulihkan kawasan yang terjejas, jika terdapat keperluan.
Berhubung punca kejadian pula, beliau berkata ia belum dikenal pasti kerana pasukan teknikal masih dalam proses meneliti pelan pembangunan rumah yang terjejas.

Pemilik rumah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor setelah mendengar bunyi rekahan pada dinding pada 4 pagi, 26 Dis. Bunyinya macam ada binatang spt tupai atau musang yang merangkak Bagaimanapun, pemilik rumah enggan ditemu bual dengan lebih lanjut.@501Awani pic.twitter.com/78nyRfCC0C

— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) December 28, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya tidak mahu mebuat spekulasi kerana ia satu keadaan yang memerlukan maklum balas teknikal daripada pakar yang terlibat dan saya kira, kita perlu berikan ruang kepada mereka.
“Cuma saya meminta mereka menyegerakan kerana sebarang kelewatan dalam mengambil tindakan akan menyebabkan keadaan kawasan sekitar terganggu dan akan menyebabkan keyakinan penduduk terhakis.
“Saya mahu memberi jaminan dengan tindakan yang akan diambil bahawa kawasan ini selamat dan keselamatan penduduk adalah amat penting bagi kerajaan,” tambahnya.
Mengulas sama pemilik rumah akan diberikan pampasan, beliau berkata perkara berkenaan akan diputuskan kemudian memandangkan unit tersebut merupakan tanah milik persendirian dan bukannya di bawah kerajaan negeri.

E.g. - runtuhan 1 daripada 3 blok kondominium Highland Towers pada 1993, meragut 48 nyawa. - tanah runtuh di Taman Bukit Mewah di Bukit Antarabangsa pada 2008, meragut empat nyawa dan meranapkan 14 banglo.@501Awani pic.twitter.com/i15MhYczPA

— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) December 28, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, beberapa kawasan berbukit di Ampang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko kerana kejadian tanah runtuh, pergerakan tanah dan runtuhan cerun kerap berlaku.
Ia termasuk kejadian runtuhan satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers pada 1993 yang mengorbankan 48 orang dan tanah runtuh di Taman Bukit Mewah di Bukit Antarabangsa yang membabitkan 14 banglo dan meragut empat nyawa.
BACA: KPKT harap proses pengambilan tanah Highland Towers dipercepat
#ADUN #banglo #Bukit Antarabangsa #Jalan Kelab Ukay 2 #Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan #Mohamed Azmin Ali #pergerakan tanah #Taman Kelab Ukay #Zuraida Kamaruddin
;