Pergerakan perjalanan antara zon di Sarawak dihadkan bermula 1 Ogos
Astro Awani
Julai 27, 2020 16:14 MYT
Julai 27, 2020 16:14 MYT
Kerajaan Pusat meluluskan permohonan kerajaan negeri Sarawak untuk mengehadkan pergerakan perjalanan antara zon di negeri itu bermula 1 Ogos sehingga 14 Ogos 2020.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mana-mana individu yang ingin bergerak merentasi zon perlu mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, bagaimanapun, pergerakan dalam zon adalah dibenarkan.
"Kerajaan negeri Sarawak mengambil langkah yang tegas dan proaktif untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di Sarawak, khususnya di Bandaraya Kuching.
"Zon 1 melibatkan bahagian Kuching, Serian dan Samarahan (Zon Kuning/Merah). Zon 2 melibatkan bahagian Seri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang (Zon Hijau)," katanya dalam sidang media PKPP di bangunan Parlimen di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, katanya jumlah penerbangan dari Semenanjung, Sabah dan Labuan ke Sarawak akan dikurangkan mulai 1 sehingga 14 Ogos.
#Bintulu
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#koronavirus
#Kuching
#Malaysia
#Media
#menteri
#Miri
#Parlimen
#PDRM
#penerbangan
#PKPP
#polis
#Polis Diraja Malaysia