Pergaduhan jalan raya: Polis gesa penghantar makanan tampil
Astro Awani
Mei 5, 2021 08:47 MYT
Mei 5, 2021 08:47 MYT
KUALA LUMPUR: Polis menggesa penghantar makanan yang terbabit dalam kejadian pergaduhan dengan seorang pelawak terkenal di jalan raya pada 1 Mei lalu tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati, kejadian yang kini tular di media sosial itu berlaku lebih kurang jam 6.30 petang.
Melalui video yang berdurasi lebih kurang 23 saat itu, kelihatan artis tersebut sedang berselisih faham dengan seorang lelaki penghantar makanan.
Kejadian berlaku di hadapan Kedutaan Rusia dan dikatakan tercetus akibat selisih faham di jalan raya.
Pihak polis meminta kerjasama individu yang terlibat untuk tampil membuat laporan agar siasatan dapat dijalankan
Dalam video tersebut, seorang pelawak dilihat merangkul leher lelaki berkenaan sambil memukul kepalanya di tepi jalan raya.
Orang awam yang berada di tempat kejadian kemudiannya bertindak meleraikan pergaduhan tersebut.
Ashari berkata, sehingga kini, hanya satu pihak saja, iaitu selebriti berkenaan, yang tampil membuat laporan polis tentang kejadian tersebut.
Pada masa sama, katanya, siasatan terus dijalankan dan pihaknya menyeru agar orang ramai yang mempunyai maklumat untuk turut tampil membantu.
#media sosial
#siasatan
#polis
#Kedutaan Rusia
#penghantar makanan
#pelawak
#artis
#selisih faham
#selebriti
#gaduh
#jalan raya
#laporan polis
#Ashari Abu Samah