Perenang berbakat Sarawak, Ayrton Lim ditemui mati di ruang tamu

Rohana Wahed
Oktober 24, 2019 18:45 MYT
Ayrton pernah mewakili Sarawak dalam kejohanan renang Sukan Malaysia yang lalu dan baharu pulang daripada menjalani latihan di Singapura. - Foto Astro AWANI
Seorang perenang remaja Sarawak ditemui mati di ruang tamu rumahnya di Tabuan Laru, dekat sini pagi tadi.
Ayrton Lim, 19, ditemui ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Umum Sarawak.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani ketika dihubungi mengesahkan kejadian sambil memberitahu, siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk prosedur bedah siasat.
Ibu mangsa memberitahu, Aryton mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu.
Ayrton pernah mewakili Sarawak dalam kejohanan renang Sukan Malaysia yang lalu dan baharu pulang daripada menjalani latihan di Singapura.
#Ayrton Lim #Kemurungan #Kuching #Malaysia #meninggal dunia #perenang berbakat meninggal dunia #perenang remaja Sarawak #remaja #siasatan
;