Perdana Menteri ucap tahniah kepada semua pelajar SPM 2021

Bernama
Jun 16, 2022 09:58 MYT
Ismail Sabri menyifatkan perjalanan baharu pelajar berkenaan kini bermula selain mendoakan semua pelajar yang mendapat keputusan SPM hari ini terus berjaya pada masa akan datang.- Facebook Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang mendapat keputusan masing-masing hari ini.
Beliau yang menyifatkan perjalanan baharu pelajar berkenaan kini bermula, turut mendoakan semua pelajar yang mendapat keputusan SPM 2021 hari ini terus berjaya pada masa akan datang.
"Hari ini pastinya penuh debaran bagi semua calon SPM 2021. Walau apa pun keputusan yang diterima, saya mengucapkan sekalung tahniah. Semoga berjaya!" kata Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook hari ini.
Menurut Perdana Menteri 9,696 calon telah mendapat keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran.
-- BERNAMA
#SPM #Perdana Menteri #ismail sabri yaakob #ucapan tahniah