Perdana Menteri tunaikan solat Tarawih bersama penduduk kawasan Batu Caves

Bernama
April 20, 2021 08:01 MYT
Muhyiddin menunaikan solat Tarawih ketika hadir pada majlis Solat Isyak & Solat Tarawih di Masjid Jamek Al-Amaniah malam tadi. Turut hadir, Mohamed Azmin. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa menunaikan solat Tarawih bersama penduduk kariah Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves dekat sini malam ini.
Turut hadir Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Terdahulu, Muhyiddin yang tiba pada pukul 8.23 malam turut menyertai solat Isyak berjemaah di situ.
Solat berkenaan dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19 yang ketat.
Usai solat, Muhyiddin turut dilihat meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk kariah itu sebelum meninggalkan masjid pada pukul 10.15 malam.
-- BERNAMA
#Muhyiddin Yassin #Azmin Ali #Saifuddin Abdullah #SOP #Batu Caves #COVID-19 #solat tarawih #Masjid Jamek Al-Amaniah #masjid
;