Perdana Menteri tiba di Abu Dhabi untuk lawatan rasmi 2 hari

Najib Aroff
Mac 9, 2021 22:33 MYT
Muhyiddin tiba di Abu Dhabi, UAE jam 11.50 malam waktu tempatan bagi memulakan lawatan rasmi bermula Rabu. -Foto PMO
ABU DHABI: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) jam 11.50 malam waktu tempatan bagi memulakan lawatan rasmi bermula Rabu.
Ketibaan beliau di Terminal Presiden Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi disambut Menteri Kabinet, Sheikh Shakhbout; Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; dan Duta Malaysia ke UAE, Mohd Tarid Sufian.
Muhyiddin dijadual bertemu Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.
#Muhyiddin Yassin #Dubai #UAE #lawatan rasmi #Sheikh Shakhbout #Hishammuddin Hussein #Mohd Tarid Sufian #Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan #Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum