Perdana Menteri sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

Astro Awani
Jun 6, 2021 21:17 MYT
Muhyiddin merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Yang di- Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.
Menerusi perkongsian di Facebook, Muhyiddin yang mewakili rakyat Malaysia turut berdoa supaya Allah terus menganugerahkan Al-Sultan Abdullah kekuatan dan keberkatan untuk kekal bersemayam di atas singahsana dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.
Perdana Menteri turut mendoakan agar Yang Di-Pertuan Agong, Permaisuri dan seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam lingkungan dan rahmat Allah, dilanjutkan usia zaman serta berada dalam keadaan sihat.
"Patik dan seluruh rakyat jelata juga berdoa mudah-mudahan KDYMM Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta semua putera, puteri dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lingkungan dan rahmat-Nya jua, dilanjutkan usia zaman serta berada dalam keadaan sihat walafiat selama-lamanya," katanya.
Muhyiddin berkata, negara masih lagi berada dalam tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bertujuan melandaikan lengkung jangkitan COVID-19.
#Yang di-Pertuan Agong #Al- Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Keputeraan rasmi #tahniah #doa #Muhyiddin Yassin
;