Perdana Menteri selesai menghadap Agong

Astro Awani
Oktober 23, 2020 11:24 MYT
Perdana Menteri sebelum itu tiba di istana berkenaan pada jam 4.40 petang bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong. -Bernama
KUANTAN: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, di sini, kira-kira jam 7.10 malam tadi.
Antara orang kenamaan yang dilihat mengiringi Perdana Menteri ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Perdana Menteri sebelum itu tiba di istana berkenaan pada jam 4.40 petang bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
BACA: PM tiba di Istana Abdulaziz untuk menghadap Agong
BACA: Mungkinkah kerajaan akan isytihar darurat kesihatan?
Terdahulu, sekitar pukul 4.30 petang, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dilaporkan memasuki pekarangan istana sama selepas menziarahi makam ayahanda baginda di Pekan.
Ketika ini, spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan untuk melaksanakan darurat.
#darurat #Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #Yang di-Pertuan Agong #darurat ekonomi #Istana #Istana Abdulaziz #Indera Mahkota #Panglima Angkatan Tentera #Jeneral Tan Sri Affendi Buang