Datuk Seri Najib Tun Razak ialah seorang pemimpin yang Malaysia perlukan, terutamanya ketika dunia sedang berdepan dengan ancaman keganasan, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tunku Abdul Aziz Ibrahim.
Beliau berkata perdana menteri merupakan seorang pemimpin yang rakyat boleh percayai dan bergantung untuk melakukan perkara yang betul dalam mana-mana krisis.
Dalam usaha beliau memerangi keganasan, beliau telah mempamerkan ciri kepemimpinan sebenar dan ini mengingatkan rakyat bahawa tiada siapa dapat memimpin tanpa mengambil keputusan sukar demi kebaikan bersama, kata Tunku Abdul Aziz.
"Dengan ISIS mengancam negara kita, rakyat Malaysia yang berfikiran waras sudah mula menyedari bahawa di sini ada seorang perdana menteri yang tidak takut untuk mendahulukan rakyat dan undi mereka diletakkan di tempat kedua.
"Pendek kata, tiada kompromi apabila membabitkan keamanan dan keselamatan negara dan Perdana Menteri telah, dengan caranya yang berhemah, telah menunjukkan bahawa perkara itu sentiasa menjadi keutamaan dalam pertimbangan beliau," katanya dalam artikel diterbitkan portal yang baru dilancarkan 'Malaysia Outlook'.
Beliau berkata di dalam negara, susulan perbuatan salah guna media sosial oleh individu-individu telah membawa kepada polarisasi perkauman, majoriti senyap perlu menentang perkara itu dan "menambah suara mereka bagi menyokong langkah-langkah dilaksanakan kerajaan yang akan memastikan bahawa kita akan terus hidup dalam aman dan harmoni".
Tunku Abdul Aziz berkata pertimbangan kaum tidak boleh dijadikan faktor dominan tatkala rakyat Malaysia berusaha mencari identiti baharu dan perpaduan kaum perlu kekal menjadi kunci kepada masa depan negara.
"Kita mungkin mempunyai sebuah negara, tetapi kita masih belum mempunyai negara bangsa kerana terlalu banyak daripada kita begitu mudah dipengaruhi kerana etnik memisahkan kita, bukan di luar fitrah bahawa kita patut memilih untuk meneruskan kehidupan kita dalam dunia kita sendiri.
"Masa ini adalah yang terbaik bagi rakyat Malaysia yang patriotik dan cintakan negara ini, tanah tumpah darah mereka untuk berusaha menerokai semula dan mengukuhkan ciri-ciri keMalaysiaan mereka, keadaan yang tidak dapat digambarkan tetapi terpahat dalam hati kita," katanya.
Bernama
Mon Jul 18 2016
![Perdana Menteri pemimpin yang boleh dipercayai untuk lakukan perkara betul - Tunku Aziz Perdana Menteri pemimpin yang boleh dipercayai untuk lakukan perkara betul - Tunku Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61464008699_TunkuAbdulAzizTun.jpg)
Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata tiada siapa dapat memimpin tanpa mengambil keputusan sukar demi kebaikan bersama.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
!['Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti 'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690476317_TBzeti.jpg)
'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti
Zeti sebaliknya menegaskan pasukan pembelaan Najib perlu membuktikan kononnya Tawfiq atau anaknya menerima wang 1MDB melalui Cutting Edge Industries Ltd
![Bekas pegawai Ambank akui pernah tawar diri masak sup ketika Jho Low sakit Bekas pegawai Ambank akui pernah tawar diri masak sup ketika Jho Low sakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670848484_JoannaYuGing.jpg)
Bekas pegawai Ambank akui pernah tawar diri masak sup ketika Jho Low sakit
Bekas Pengurus Perhubungan AmBank yang mengendali akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau pernah menawarkan diri memasak sup untuk Jho Low ahli perniagaan dalam buruan itu sakit.
![Kes dana 1MDB: Mahkamah dengar hujah pendakwaan bagi penerimaan rakaman audio sebagai bukti Kes dana 1MDB: Mahkamah dengar hujah pendakwaan bagi penerimaan rakaman audio sebagai bukti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670235662_TBROSMAHMANSOR.jpg)
Kes dana 1MDB: Mahkamah dengar hujah pendakwaan bagi penerimaan rakaman audio sebagai bukti
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini mendengar hujah pihak pendakwaan berhubung permohonan mengemukakan rakaman audio sebagai bukti.
![Kes SRC: Rayuan terakhir Khamis ini, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan utama Kes SRC: Rayuan terakhir Khamis ini, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660556559_DatukSeriNajibTu.jpg)
Kes SRC: Rayuan terakhir Khamis ini, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan utama
Keadilan yang ditangguhkan melalui kes ini, bermakna keadilan telah dinafikan kepada orang tertuduh yang lain, kata Ketua Hakim Negara.
![Kes SRC: Bukti baharu Najib berlandaskan khabar angin, cubaan melengahkan perbicaraan - Sithambaram Kes SRC: Bukti baharu Najib berlandaskan khabar angin, cubaan melengahkan perbicaraan - Sithambaram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660530910_NajibRazak.jpg)
Kes SRC: Bukti baharu Najib berlandaskan khabar angin, cubaan melengahkan perbicaraan - Sithambaram
Mahkamah perlu menolak bukti baharu berkenaan kerana afidavit tambahan Najib itu berpandukan keterangan pihak ketiga, kata Timbalan Pendakwa Raya.
![Kes SRC: Mohd Nazlan mungkin berat sebelah, tidak dedahkan peranan Maybank - Hisyam Teh Kes SRC: Mohd Nazlan mungkin berat sebelah, tidak dedahkan peranan Maybank - Hisyam Teh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658817348_TBHISHAM.jpg)
Kes SRC: Mohd Nazlan mungkin berat sebelah, tidak dedahkan peranan Maybank - Hisyam Teh
Pasukan Pembelaan tegaskan Hakim Mohd Nazlan sepatutnya mengundurkan kerana pernah bersama Maybank, yang berperanan dalam penubuhan SRC International.
![Proses rayuan terakhir Najib Tun Razak bermula Isnin Proses rayuan terakhir Najib Tun Razak bermula Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655734918_NajibRazak.jpg)
Proses rayuan terakhir Najib Tun Razak bermula Isnin
Proses rayuan melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari, antara 15 Ogos hingga 26 Ogos, 2022.
![Rafizi dakwa Najib di sebalik penyelewengan skandal LCS Rafizi dakwa Najib di sebalik penyelewengan skandal LCS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650522357_TBRafizi.jpg)
Rafizi dakwa Najib di sebalik penyelewengan skandal LCS
Rafizi mendakwa Najib mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran rekabentuk LCS, serta kontraktor di sebalik penyiapan kapal tempur itu
![Dr Mahathir akui 'kagum' dengan Najib Dr Mahathir akui 'kagum' dengan Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658659732_TunM.jpg)
Dr Mahathir akui 'kagum' dengan Najib
Berbeza dengan UKSB, Dr Mahathir berkata, dana yang diterima Najib mempunyai paper trail dan digital footprint, malah terbukti di mahkamah.
![Najib sahkan lantikan pasukan peguam baharu, yakin beri perspektif berbeza pembelaan SRC International Najib sahkan lantikan pasukan peguam baharu, yakin beri perspektif berbeza pembelaan SRC International](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655863197_DebatAnwarNajib.jpg)
Najib sahkan lantikan pasukan peguam baharu, yakin beri perspektif berbeza pembelaan SRC International
Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pelantikan firma Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan, TH Liew & Co untuk mewakili beliau dalam rayuan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.