Perdana Menteri Kanada diberi sambutan rasmi

Bernama
Oktober 6, 2013 11:05 MYT
Perdana Menteri Kanada Stephen Harper yang sedang melakukan lawatan tiga hari di Malaysia sejak Jumaat, diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini hari ini.
Ketibaan Harper pada kira-kira 9.30 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum lagu kebangsaan Malaysia dan Kanada dimainkan.
Harper kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri 106 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Turut hadir untuk menyambut Harper ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan beberapa menteri kabinet.
Kedua-dua pemimpin kemudiannya diiringi ke Paras Lima bangunan Perdana Putra di sini untuk memulakan mesyuarat dua hala, dengan beberapa memorandum persefahaman dijangka ditandatangani dan disusuli sidang akhbar bersama.
#Najib Tun Razak #perdana menteri kanada #Stephen Harper
;