Perdana Menteri, isteri sertai sambutan Hari Kebangsaan secara maya

Umavathi Ramayah
Ogos 31, 2021 10:32 MYT
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2021 secara maya. -Gambar RTM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2021 hari ini.
Ia selepas beliau disahkan menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri.
Ismail Sabri dan isteri dalam siaran secara maya turut dilihat berdiri ketika lagu "Negaraku" dan "Jalur Gemilang" berkumandang selain bersama-sama mengibarkan bendera kebangsaan.
Sambutan berlangsung kurang satu jam bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19.
Turut hadir pada sambutan itu adalah menteri-menteri Kabinet dan timbalan menteri.
Sambutan Hari Kebangsaan bertemakan "Malaysia Prihatin" kali ini berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya dalam skala kecil dan terkawal akibat pandemik COVID-19.
#Perdana Menteri #Jalur Gemilang #COVID-19 #Hari Kebangsaan 2021
;