Perdana Menteri hadiri majlis ngabang Gawai Dayak
Bernama
Jun 9, 2013 12:12 MYT
Jun 9, 2013 12:12 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tiba di Sibu untuk mengadakan lawatan rasmi sehari ke Sarawak bagi menghadiri beberapa majlis ngabang Gawai Dayak di Betong, Pakan, Selangau dan di sini.
Kira-kira 3,000 penduduk rumah panjang Wilson Begat Bekir di Penom, Ulu Paku di Betong menyambut ketibaan beliau dengan penuh adat tradisi kaum Iban sempena dengan sambutan Gawai Dayak.
Kemudiannya, Najib akan berlepas dengan helikopter ke rumah panjang George di Nanga Nansang, Pakan dan rumah panjang Jangit, Tamin di Selangau untuk upacara ngabang Gawai yang sama.
Pada sebelah malam, perdana menteri akan menghadiri majlis makan malam sempena sambutan perayaan Gawai Dayak 2013 di sini.
Najib dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas majlis itu.