Perdana Menteri hadir sambutan Aidilfitri KPT

Bernama
Mei 31, 2022 15:24 MYT
Ismail Sabri bergambar bersama para pelajar pengajian tinggi semasa majlis Sambutan Aidilfitri Warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri bersama warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini.
Ismail Sabri yang tiba pada 12.50 tengah hari, disambut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Antara tetamu yang hadir ialah Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira 30 minit di majlis yang dihadiri 5,000 tetamu, terdiri daripada warga KPT, pelajar institut pengajian tinggi, ahli-ahli lembaga pengarah universiti, naib-naib canselor, wakil-wakil industri serta para pemimpin tempatan.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri #ismail sabri yaakob #Aidilfitri #Kementerian Pengajian Tinggi
;