Perdana Menteri doakan kejayaan calon SPM, STPM

Astro Awani
November 4, 2019 07:10 MYT
Peperiksaan SPM fasa dua berlangsung bermula hari ini hingga 28 Nov sementara peperiksaan STPM berlangsung semalam sehingga 13 Nov depan. - Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendoakan kejayaan pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bermula hari ini.
Dalam ucapan video di laman Twitter dan Facebook rasmi miliknya, beliau melahirkan harapan pelajar yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu akan berjaya lulus cemerlang.
Perdana Menteri turut memberi tips kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan berkenaan.
"Kepada penuntut-penuntut yang akan menduduki SPM dan STPM, saya berharap mereka menghadapi cabaran ini dengan tenang dan dengan persediaan yang cukup untuk mendapat kelulusan yang terbaik.
"Untuk peperiksaan, kita perlu ulang balik segala pelajaran yang kita dapat sepanjang tahun. Ulang berkali-kali. Bermakna, kita tak lupa isi kandungan jawapan yang diperlukan.
"Saya berdoa semua akan lulus dengan baik dan saya harap mereka gembira selepas peperiksaan diumumkan," katanya.

Ucapan kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM. pic.twitter.com/yxYMqMTlYQ

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) November 4, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seramai 416,416 calon berdaftar menduduki SPM fasa 2 bermula hari ini sehingga 28 November.
Manakala, bagi STPM Semester 3, seramai 47,537 calon menduduki peperiksaan itu yang bermula pada Isnin sehingga 13 November.
#calon #Facebook #Mahathir Mohamad #pelajar #penuntut #peperiksaan #Sijil Pelajaran Malaysia #Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia #SPM #STPM #Twitter #ulang kaji pelajaran #video
;