Perdana Menteri dijadual berucap dalam Sidang Kemuncak Sistem Makanan UNGA pada Sabtu

Nickyson Nyambar
September 23, 2021 23:53 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual menyampaikan ucapan di #UNGA Food Systems Summit pada jam 1 pagi Sabtu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal menyampaikan kenyataan negara dalam Sidang Kemuncak Sistem Makanan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-76.
Beliau dijadualkan berucap pada jam 1 pagi Sabtu (25 September 2021).
Perkara itu dikongsikan oleh Wisma Putra menerusi ciapan di laman Twitter rasminya pada Khamis.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual menyampaikan ucapan di #UNGA Food Systems Summit.
"Ia boleh ditonton menerusi webtv.un.org," katanya.
Sidang itu diadakan bertujuan untuk memberi tumpuan kepada isu rantaian bekalan global, kebuluran, krisis makanan dan kemanusiaan serta penyelesaian yang boleh ditawarkan oleh negara-negara terlibat di seluruh dunia.
Ucapan Perdana Menteri boleh ditonton DI SINI.
#UNGA #Sidang Kemuncak Sistem Makanan #PBB #Perdana Menteri Malaysia
;