Perbincangan bubar DUN Selangor minggu depan
Astro Awani
Februari 12, 2013 10:30 MYT
Februari 12, 2013 10:30 MYT
Perbincangan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan diadakan minggu depan. Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, perbincangan akan dibuat bersama rakan dalam pakatan pembangkang.
Beberapa pengumuman akan dibuat minggu depan selepas kata sepakat dicapai dalam perbincangan.
30 Januari lepas, Khalid dilapor akan membubarkan DUN Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei.
Sehari selepas kenyataan itu Menteri Besar mendedahkan ia dibuat sebagai desakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk segera mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.
Mengenai isu air, Khalid bertegas dengan pendirian supaya Projek Langat 2 menjadi sebahagian daripada penstrukturan semula industri air di negeri itu.