KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini ditangguh ke esok setelah MySejahtera mengklasifikasikannya sebagai individu dalam perintah pengawasan dan pemerhatian (PUS).
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan yang ditetapkan hari ini selepas peguam Datuk Hariharan Tara Singh yang mewakili Najib memberitahu mahkamah bahawa status MySejahtera Najib dan peguam utamanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kekal, masing-masing sebagai "PUS" dan "kontak kasual", walaupun selepas memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai hasil ujian COVID-19 mereka.
Hariharan berkata sebelum itu semasa tiba di mahkamah, status MySejahtera Najib dinyatakan sebagai PUS manakala status Muhammad Shafee dinyatakan sebagai "kontak kasual", namun status kedua-duanya bertukar kepada status biru (berisiko rendah) selepas pihak keselamatan mahkamah mengarahkan mereka untuk mengemas kini pemuatan profil MySejahtera mereka.
"Bagaimanapun, mereka diminta untuk mengemas kini pemuatan profil MySejahtera mereka semula selepas memasuki bilik mahkamah dan status mereka kembali kepada "kontak kasual" dan PUS," kata Hariharan.
Hakim kemudiannya mengarahkan Najib dan Muhammad Shafee supaya mengambil ujian RTK Antigen dan memaklumkan keputusannya kepada KKM agar status mereka boleh dinilai semula.
Beliau kemudian memerintahkan agar prosiding disambung semula esok bagi membolehkan pihak pembelaan mengemas kini status MySejahtera Najib dan Muhammad Shafee.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Akram Gharib berkata dua saksi yang sepatutnya memberi keterangan minggu ini iaitu bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan pegawai khas Najib Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail tidak dapat hadir ke mahkamah.
"Kami telah menerima arahan daripada TPR kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram supaya memohon perbicaraan itu dijalankan secara hibrid," kata Ahmad Akram.
Hariharan bagaimanapun membantah cadangan untuk menjalankan perbicaraan dalam talian itu dan menegaskan bahawa pihak pendakwaan mempunyai masa hampir sebulan untuk menyediakan saksi baharu di mahkamah.
Hakim Sequerah berkata beliau akan memutuskan permohonan perbicaraan hibrid esok.
Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 13 2021
![Perbicaraan kes babit dana 1MDB ditangguh, MySejahtera klasifikasi Najib sebagai PUS Perbicaraan kes babit dana 1MDB ditangguh, MySejahtera klasifikasi Najib sebagai PUS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638968107_NajibRazak.jpg)
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana 1MDB di Mahkamah Tinggi di sini ditangguh ke esok setelah MySejahtera mengklasifikasikannya sebagai individu dalam perintah pengawasan dan pemerhatian (PUS). - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Peguam Shafee Abdullah dikuarantin kerana COVID-19, kes Najib ditangguh Peguam Shafee Abdullah dikuarantin kerana COVID-19, kes Najib ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81544590769_shafeeabdullah.jpg)
Peguam Shafee Abdullah dikuarantin kerana COVID-19, kes Najib ditangguh
Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguh kes tersebut ke satu tarikh yang belum diputuskan lagi.