Perbaharui lesen memandu, LKM di Program MADANI Rakyat mulai Jumaat ini

Bernama
Februari 21, 2024 22:15 MYT
Orang ramai juga berpeluang untuk membuat pembayaran saman kecuali kes senarai hitam di perkhidmatan bergerak JPJ itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian atau perdagangan boleh berbuat demikian pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah bermula Jumaat hingga Ahad ini.
Menurut laman Facebook Rasmi Malaysia MADANI, pembaharuan lesen itu boleh dilakukan melalui Perkhidmatan Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bakal beroperasi jam 9 pagi hingga 10 malam di Kompleks Sukan Kuala Selangor.
Selain itu, orang ramai juga berpeluang untuk membuat pembayaran saman kecuali kes senarai hitam di perkhidmatan bergerak JPJ itu sepanjang berlangsung program tersebut.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.malaysiamadani.gov.my.
-- BERNAMA
#Program MADANI Rakyat Zon Tengah #perbaharui lesen memandu #LKM #JPJ