Perayaan Tahun Baharu Cina berakhir penuh meriah
Bernama
Mac 3, 2018 08:15 MYT
Mac 3, 2018 08:15 MYT
Perayaan Tahun Baharu Cina di Langkawi berakhir pada Jumaat malam dengan sambutan Chap Goh Mei yang penuh berwarna-warni di Dataran Helang di sini yang dihadiri oleh lebih 1,000 orang.
Acara itu juga menyaksikan buat julung kali persembahan Chingay yang mencuri perhatian masyarakat tempatan dan juga pelancong selain persembahan tarian singa dan persembahan pukulan gendang tradisional.
Acara membaling buah limau yang secara tradisi khusus untuk mereka yang mencari pasangan hidup juga diadakan untuk memeriahkan lagi acara.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Kedah Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid, yang mewaili Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata acara itu telah menjadi terkenal dalam kalenar pelancongan Langkawi sejak ia mula dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) tahun lepas.
Beliau berkata acara itu yang dianjurkan oleh komuniti Cina di sini disertai oleh semua masyarakat di si yang melambangkan ikatan kuat antara masyarakat di pulau ini.
Turut hadir ketua pegawai eksekutif LADA Datuk Azizan Noordin dan Anggota Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad.
-- BERNAMA